in , ,

Tahniah! Video Muzik BOY WITH LUV BTS Raih 1 Bilion Tontonan di Youtube

Wow! Kumpulan BTS terus mencatatkan kejayaan apabila muzik video (MV) Boy With Luv kini sudah melebihi lebih 1 bilion tontonan di Youtube.

Pada 24 Oktober kira-kira pukul 11.15 malam, video muzik untuk “Boy With Luv” BTS sudah mencecah 1 bilion tontonan di YouTube. Ini kira-kira satu tahun, enam bulan, dan 12 hari selepas dilancarkan pada 12 April 2019. Weh, kenapa lambat nak capai? Haa, ada jugak haters yang nak komplen kan?

MV Boy With Luv yang merupakan single BTS dengan penyanyi antarabangsa Halsey itu mula dimuat naik di saluran rasmi Youtube BTS pada April tahun lalu.

BTS
BTS

Boy With Luv merupakan lagu kedua dendangan BTS yang berjaya mencecah lebih 1 bilion tontonan selepas MV lagu DNA yang turut merekodkan kejayaan sama pada 5 Oktober lalu.

Single terbaharu mereka, Dynamite pula berjaya bergelar lagu penyanyi Asia pertama yang berjaya menduduki tempat pertama carta muzik Amerika Syarikat, Billboard pada Ogos lalu. 

Ini adalah video muzik kedua BTS yang mendapat 1 bilion tontonan setelah “DNA” menjadi video muzik boyband Korea pertama yang pernah mencapai prestasi itu pada bulan Jun 2020. Ini juga bermaksud bahawa “Boy With Luv” kini telah mencipta rekod baru untuk Korea terpantas boy group MV untuk mencapai 1 bilion tontonan.

Artis Korea lain yang telah mencapai prestasi ini termasuk BLACKPINK dan PSY.

BTS yang memulakan karier seni mereka sejak Jun 2013 dianggotai tujuh ahli iaitu V, RM, Jimin, Jungkook, Suga, J-Hope dan Jin. 

Tahniah kepada BTS!

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Antara Trio Hero Covid-19, Dr Noor Hisham Dapat Pengiktirafan Media Singapura

Fad Bocey Kongsi Wajah Anak Bongsu Ibrahim Jibriel di Instagram, Ini Kata Netizen