Malaysia kembali menjadi perhatian apabila dua buah sekolah berjaya mendominasi pentas LEGOLAND® School Challenge 2025, pertandingan LEGO® antara sekolah terbesar di Asia. Bukan calang-calang acara, tahun ini menyaksikan penyertaan hampir 2,000 pelajar dari tujuh buah negara. Dengan sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, kemenangan ini membuktikan bahawa bakat muda negara kita mampu berdiri setanding, malah menewaskan pencabar dari rantau lain.
SK Port Dickson Cipta Kejayaan Besar Dengan LEGEND INSPIRE
Kategori Primary dimenangi oleh pasukan LEGEND INSPIRE dari Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Negeri Sembilan. Projek mereka yang diinspirasikan dari pemandangan Switzerland bukan sahaja menawan mata juri, malah membuktikan ketelitian kerja mereka.
Bayangkan, pelajar seawal usia 10 tahun seperti Nurzaara En Asyrani Binti Balbir Shah dan Nur Zalikha Qhaira Binti Noor Mohamad Ali sanggup berkorban masa selepas sekolah demi memastikan binaan LEGO mereka sempurna. Bersama dua rakan mereka, Muhammad Zahin Qushayyi Bin Noor Mohamad Ali dan Muhammad Shah El Arasy Bin Balbir Shah, pasukan ini berhadapan cabaran teknikal membina air terjun mengalir yang sangat rumit.
Mereka mengaku cabaran paling getir ialah Speed Build Challenge yang diadakan secara langsung. “The Speed Build challenge was very tough, but because each of us had clear roles, we managed to finish on time,” kata mereka. Kemenangan ini bukan sekadar trofi, tetapi menjadi tiket emas ke percutian pertama mereka ke Korea – satu pengalaman berharga yang pasti membuka mata mereka kepada dunia luar.
Lucira Dari SBPI Gopeng Bangkit Selepas Gagal Tahun Lalu
Kejayaan seterusnya hadir dari kategori Secondary, apabila pasukan Lucira dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak berjaya menebus kegagalan tahun sebelumnya. Ahli kumpulan Syahirah Binti Abdul Rahman, Anis Al-Bakri Binti Mustafa Al-Bakri, Aaqilah Damia Binti Saifuddin dan Nur Damia’ Batrisyia Binti Shahril Rizam, semuanya berusia 16 tahun, mengambil masa dua bulan penuh untuk menyiapkan projek. Mereka mengaku bukan mudah untuk seimbangkan antara akademik dan projek LEGO, lebih-lebih lagi sebagai pelajar berasrama penuh.
“As boarding school students, balancing the project with our academic commitments was our biggest challenge. Of course, there were arguments along the way, but this taught us communication and problem-solving skills,” ujar mereka. Apa yang lebih menarik, mereka sebenarnya tidak meletakkan harapan tinggi kerana sedar banyak pasukan hebat lain turut bertanding. Namun, kejayaan ini cukup manis kerana membuktikan semangat “try again, fail better, win bigger”. Sama seperti rakan sebaya mereka dari SK Port Dickson, pasukan Lucira juga akan terbang ke Korea – hadiah yang menjadi simbol kejayaan hasil dedikasi dan kerja berpasukan.
Saingan Serantau Dengan Tema “Build Your Dream Destination”
Edisi 2025 kali ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya dengan memperkenalkan kategori baharu Junior (7–9 tahun) dan juga Live Speed Build Finale buat pertama kali, yang menyumbang 20% markah akhir. Suasana di pentas akhir cukup mendebarkan – bayangkan hampir 500 penyertaan disaring dan hanya 15 pasukan terbaik mara ke final.
Projek yang dipamerkan benar-benar mengagumkan, dari taman tema futuristik di Marikh sehinggalah ke resort pulau mesra alam. Kreativiti pelajar bukan sahaja memukau juri, malah membuktikan bagaimana imaginasi boleh diterjemahkan ke dalam realiti melalui LEGO. Penyertaan dari negara luar seperti Singapura, China, dan kepulangan Filipina selepas 2023 menambahkan lagi warna-warni pertandingan ini.
Menurut CS Lim, Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort, “This year’s edition is the most diverse yet. The Challenge not only grows in scale but also enriches the cultural and creative exchange among students.” Beliau menegaskan bahawa pertandingan ini kini benar-benar menjadi platform serantau yang menghubungkan pelajar Asia melalui kreativiti, inovasi dan kolaborasi.
Hadiah Lumayan Dan Pengiktirafan Bertaraf Antarabangsa
Dengan nilai hadiah mencecah RM200,000, kejohanan ini menjadi impian setiap pelajar. Hadiah yang ditawarkan termasuk trofi LEGO®, pas tahunan, set LEGO edisi khas, serta perjalanan antarabangsa. Malah, hasil kerja para finalis akan dipamerkan di MINILAND LEGOLAND Malaysia Resort hingga Disember 2025, memberi peluang orang ramai untuk menghayati karya kreatif generasi muda.
Bagi pelajar Malaysia, kemenangan ini lebih daripada sekadar hadiah – ia adalah pengiktirafan antarabangsa yang membuktikan bahawa pendidikan kita mampu melahirkan pemimpin kreatif masa depan. Dalam era pendidikan abad ke-21 yang menekankan aspek STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik), pertandingan seperti ini menjadi bukti nyata bahawa pembelajaran boleh berlaku melalui keseronokan dan kreativiti.
Tawaran Pakej Sekolah Dan Diskaun Istimewa Di LEGOLAND
Bukan itu sahaja, LEGOLAND Malaysia Resort turut memperkenalkan pakej sekolah dengan potongan hampir 60%berbanding harga biasa. Pakej ini lengkap dengan tiket masuk, baucar makanan, bengkel pendidikan, dan tambahan menarik seperti tiket percuma untuk guru. Malah, kumpulan sekolah melebihi 80 pelajar akan mendapat naik taraf percuma jika membuat tempahan sebelum 31 Oktober 2025 untuk lawatan sehingga 30 November 2025.
Tawaran sebegini bukan sahaja menarik untuk pihak sekolah, tetapi juga memperlihatkan bagaimana LEGOLAND Malaysia Resort terus menyokong pembangunan pendidikan melalui pengalaman dunia sebenar. Ini seiring dengan usaha menjadikan Johor sebagai pusat aktiviti pendidikan kreatif di rantau ini.
Pemenang-Pemenang LEGOLAND School Challenge 2025
Kategori Junior (7–9 Tahun):
Juara: Treetop Builders (Queenstown Primary School, Singapura)
Naib Juara: SeasonSpot (Temple Hill International School, Filipina)
Tempat ke-3: CYBERSPARKS (SK Cyberjaya, Malaysia)
Tempat ke-4: Dream Builders (SK Bukit Damansara, Malaysia)
Tempat ke-5: Star Girls (SK Bukit Damansara, Malaysia)
Kategori Primary (10–12 Tahun):
Juara: LEGEND INSPIRE (SK Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia)
Naib Juara: The Mavericks (SK Kubang Kerian 3, Malaysia)
Tempat ke-3: BrickByte (SK Cyberjaya, Malaysia)
Tempat ke-4: Dreamz Builders (SK Bukit Damansara, Malaysia)
Tempat ke-5: SKI LEGO BRIGADE (SK Ibrahim, Malaysia)
Kategori Secondary (13–17 Tahun):
Juara: Lucira (SBPI Gopeng, Malaysia)
Naib Juara: Four Blocks Ahead (SM Setiabudi, Malaysia)
Tempat ke-3: Cyberian Buddies (SMK Cyberjaya, Malaysia)
Tempat ke-4: Egret TechnoHub Crew (Manila Xiamen International School, China)
Tempat ke-5: Group Amir Afiq (Sekolah Sultan Alam Shah, Malaysia)
Apa Kata Budiey?
Budiey melihat kemenangan ini bukan sekadar kejayaan sebuah sekolah, tetapi simbol kebangkitan generasi muda Malaysia di pentas antarabangsa. Pertandingan LEGO ini menjadi bukti bahawa anak-anak kita bukan sahaja bijak dalam akademik, malah mampu menghasilkan inovasi dan idea futuristik yang membanggakan.
Lebih penting, pertandingan seperti ini memberi ruang kepada murid untuk belajar nilai-nilai penting seperti kerjasama, komunikasi, kepimpinan dan daya tahan. Dengan segala cabaran global yang bakal mereka hadapi, inilah kemahiran yang akan menentukan masa depan mereka.
Budiey yakin, jika lebih banyak sekolah menyertai dan mendapat sokongan daripada pihak berwajib, Malaysia boleh menjadi hub kreativiti serantau. Bayangkan, suatu hari nanti mungkin ada pelajar yang bermula dengan LEGO di LEGOLAND Malaysia, lalu membesar menjadi jurutera, arkitek atau pereka bertaraf dunia. Itulah kuasa sebuah pertandingan yang nampak seperti “sekadar main LEGO”, tetapi sebenarnya membuka jalan untuk masa depan yang lebih gemilang.
Malaysia sudah pun mencipta sejarah di LEGOLAND School Challenge 2025. Soalnya, apakah kita bersedia untuk menjadikan kejayaan ini sebagai langkah pertama menuju era pendidikan kreatif bertaraf global?