in , ,

Tahniah! HONOR Terima Pengiktirafan, Menang 29 Anugerah Di MWC 2022

HONOR menduduki tempat pertama dalam pengeluaran stok telefon pintar Android di China pada Q4 2021 HONOR memenangi 29 anugerah di MWC 2022, inovasi dan teknologi diiktiraf di serata dunia!

Pameran Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2022 yang berlangsung di Sepanyol baru-baru ini telah menyaksikan HONOR merangkul sebanyak 29 anugerah, termasuk lebih separuh anugerah yang dimenangi oleh siri HONOR Magic4.

Siri HONOR Magic4 ialah telefon pintar flagship terbaru daripada HONOR yang digelar sebagai “Pain Point Killer”. Kemenangan anugerah-anugerah siri ini di MWC juga terbukti teknologi dan inovatif canggih yang dibawa olehnya mendapat pengiktifan dunia.

HONOR mempercepatkan kadar globalisasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik di pentas dunia

Dalam majlis pelancaran global Siri HONOR Magic4 di MWC, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR George Zhao berkata, HONOR berhasrat untuk melakukan sesuatu yang lebih unggul dan tidak pernah dicapai oleh pesaingnya pada tahun ini. 

“HONOR sentiasa tertumpu kepada keperluan dan penggalaman pengguna dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi. Pelancaran siri HONOR Magic4 juga dilihat sebagai satu batu loncatan untuk HONOR masuk ke pasaran global dalam menerajui teknologi dan inovasi terkini,” katanya.

Setakat ini, HONOR telah menjalin hubungan kolaborasi dengan lebih daripada 200 rakan kongsi pengendali dan pengedar di dunia. Selepas pelancaran di MWC,  penjelajahan dunia siri HONOR Magic4 akan bermula di Eropah dan bakal dibawa ke pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat . Ini kerana Malaysia antara negara yang penting untuk HONOR memantapkan jenamanya secara global.

Siri HONOR Magic4 ialah telefon pintar kelas perdana bagi HONOR untuk tahun ini dan dilengkapi dengan generasi cipset terbaru, iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G Mobile Platform.  Peranti ini digelar sebagai “Pain Point Killer” kerana menampilkan reka bentuk simetri ikonik, pengalaman visual paparan yang dipertingkatkan, fotografi dan videografi tercanggih, prestasi terunggul serta ciri privasi komprehensif. 

HONOR bangkit berkedudukan tempat pertama dalam pengeluaran stok telefon pintar Android di China pada Q4 2021

Berhubungan dengan prestasi HONOR di pasaran China, bahagian pasaran HONOR di China terus meningkat selepas lantunan berbentuk ‘V’ dan ini membuktikan HONOR sedang menakluki pasaran telefon pintar flagship.

Prestasi jualan siri HONOR Magic3 dan telefon lipat pertama HONOR Magic V yang memberarngsangkan, juga sekaligus menempatkan HONOR di kedudukan pertama dalam pengeluaran stok telefon pintar Android di China pada suku keempat tahun 2021. Menurut laporan analisi daripada Counterpoint, sebuah agensi yang berwibawa, pada suku kempat, pengeluaran stok HONOR di pasaran telefon pintar China telah naik ke tempat kedua pada kali pertama sejak menjadi syarikat bebas. Ia juga juara dalam kategori Android dan berada di kedudukan kedua selepas Apple secara keseluruhan.

Antara sebab yang menyumbang kepada prestasi cemerlang HONOR di pasaran tersebut ialah keupayaan dan keberkesanan HONOR dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Dalam tempoh masa setahun setengah, HONOR berjaya melancarkan tiga produk kelas flagship dan mendapat sambutan hangat di pasaran. Susulan kejayaan tersebut, imej HONOR sebagai jenama teknologi ikonik global yang berorientasikan keperluan pengguna serta berdasarkan R&D sendiri kini menjadi lebih nyata dan jelas.

Berdepanan dengan pesaingan sengit di pasaran global, HONOR juga telah membuat persiapan yang secukupnya.  Pertama, selepas melancarkan dua produk kelas perdana, HONOR berjaya kembali ke tempat pertama dalam pasaran Android China. Penyertaan HONOR di MWC juga menandakan kesungguhan dan usaha syarikat tersebut untuk menjadi pengeluar telefon pintar terbesar di China dan seterusnya akan meningkatkan keyakinan dirinya untuk bersaing dengan pesaing-pesaing terkemuka di dunia.

Kedua, bagi memantapkan kedudukannya di pasaran global, HONOR mengeksport produk-produknya ke lebih 100 negara, mempunyai 6 pusat R&D, lebih 100 makmal inovasi dengan lebih 11,000 pekerja di seluruh dunia. Ketiga, sejak tahun lalu, HONOR telah menjalin hubungan kerjasama semula dengan rakan kongsi rantaian terkemuka di dunia seperti Qualcomm, Microsoft, Google, Samsung, MediaTek, dan UNISOC. 

Justeru, ketiga-tiga factor ini akan mendorong HONOR terus maju ke arah visi jenamanya yang bertajuk “membina dunia pintar baru untuk semua insan”. Sudah tentu siri HONOR Magic4 akan menjadi produk perdana HONOR dalam usaha menakluki pasaran di serata dunia dan membawa satu fenomena baru bagi segment telefon pintar sasaran pengguna mewah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR Magic4, sila layari https://www.hihonor.com/my/phones/honor-magic4-pro/ atau mengikuti laman Facebook HONOR Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BIHZHU

Bihzhu Lancarkan Video Muzik Dan Mini Dokumentari Bertajuk CHENDERING

SugarBomb

SugarBomb Mahu Jadi Jenama Kebanggaan Rakyat Malaysia, Teruja Taja Selangor FC