in ,

Tahniah! Filem ON YOUR MARK Berjaya Menduduki Tangga No 1 Carta Filem di China

Pengarah Malaysia yang cukup disegani ramai, Chiu Keng Guan dilihat berjaya mencipta fenomena sekali lagi apabila karya terbarunya, On You Mark yang baru sahaja ditayangkan di negara China telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.7 juta (RMB 13.65 juta) hanya pada hari pertama filem tersebut ditayangkan di lebih 9 ribu buah pawagam. Lebih membanggakan, kutipan positif di hari pertama itu juga meletakkan filem ini di tangga no 1 carta filem terkini di China. Secara keseluruhan sehingga ke 20 Jun, filem On Your Mark telah raih hampir RM24 juta (RMB 37 jtuta).

On Your Mark yang memulakan tayangan di China pada 18 Jun lalu merupakan filem pertama arahan Chiu Keng Guan di negara tersebut dan ia diterbitkan oleh Jiangsu Maoyan Culture Media, Wuxi Cangsheng Film, Tianjin Maoyan Weiying Culture Media, Jiangsu Hao Di Cultural Development, Sports Culture Development Center of the State General Administration of Sports (China Sports Museum), dan Astro Shaw, selaku penerbit tunggal dari Malaysia.

Filem On Your Mark

Selain penerbit, Astro Shaw juga tampil sebagai pihak pemasar dan pengedaran rasmi untuk filem On Your Mark di sini. Jadi istimewa buat penonton di Malaysia, filem yang mengangkat hubungan ayah dan anak serta semangat tidak putus asa ini juga akan ditayangkan di sini tidak lama lagi. Untuk pasaran di Malaysia, filem ini menggunakan tajuk ‘On Your Mark’, manakala di negara China ia menggunakan tajuk asal iaitu “The Great Dad” atau “Liao Bu Qi de Lao Ba”.

Filem ini membariskan pelakon hebat dari negara China seperti Yanhui Wang, Youhao Zhangt, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu. Ia mengisahkan tentang seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari marathon seperti ibunya. Namun, cita- citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa

mengenangkan Xio Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia. Namun, Xiao Erdong curi-curi melihat dan berlatih diluar padang tanpa pengetahuan ayahnya. Bagi melayakkan diri dalam pertandingan, Xio Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi keyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.

Salah seorang pengarah terbaik Malaysia, Chiu Keng Guan terdahulu mencetuskan kejayaan luar biasa apabila karya terbaiknya, OlaBola (2016) mengukir kejayaan terbesar buat filem Malaysia. Bukan itu sahaja, karya beliau seperti The Journey (2014) menjadi filem pertama dalam sejarah perfileman Malaysia yang menembusi kutipan tertinggi sebanyak RM17.28 juta serta mendapat pengiktirafan meluas kerana menjadi filem yang mampu menarik minat penonton tempatan dari pelbagai bangsa, usia dan latar. Manakala filem Think Big Big (2018) berjaya menembusi pawagam di negara China dan menjadi filem Malaysia yang mendapat tayangan terbesar menerusi 10,900 pawagam dengan 60,079 tayangan. Selain itu, filem lain yang turut berjaya mendapat kutipan tinggi dan sambutan baik adalah Great Day (2011), Woohoo! (2010) dan Skate Our Souls (2019).

Filem On Your Mark

Beliau amat terkenal sebagai seorang pengarah yang sering menerapkan unsur tema perpaduan, kekeluargaan, persahabatan, semangat patriotisma serta kreatif mewarnai filem dengan emosi, budaya dan keharmonian masyarakat Malaysia.Beliau juga membuktikan keupayaannya sebagai pengarah yang berjaya tonjolkan bakat-bakat baru tanpa bergantung kepada populariti untuk diketengahkan sehingga mutu lakonan meninggalkan kesan di hati penonton, seperti watak-watak di dalam OlaBola dan The Journey. Sehingga 2021, dua filem beliau iaitu The Journey dan OlaBola tersenarai dalam Top 15 kutipan filem tertinggi di Malaysia.

Filem On Your Mark

Chiu Keng Guan, Pengarah Filem On Your Mark, berkata, “Sebagai pengkarya filem Malaysia, saya amat gembira apabila filem ini menerima sokongan padu di hari pembukaannya di China. Saya harap filem On Your Mark akan terus berjaya dan saya tidak sabar untuk persembahkan filem ini di Malaysia tidak lama lagi.”

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Astro Shaw mengucapkan sekalung tahnia buat pengarah hebat, Chiu Keng Guan di atas kejayaan filem On Your Mark di China dan kami rasa berbesar hati kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada filem ini. Kami juga akan terus komited

dalam menyokong bakat kreatif tempatan dengan menyediakan platform untuk mempamerkan hasil produksi mereka, dan kami berharap kejayaan pengarah Chiu Keng Guan dapat memberi pembakar semangat pembikin filem tempatan untuk membawa karya mereka serta indusrti filem Malaysia ke tahap lebih tinggi.”

Ikuti info dan klip terkini tentang filem On Your Mark menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A. Aida | 15

Datuk A Aida Buat Rayuan Agar Industri Kreatif Dibenarkan Menjalani Penggambaran

Wawa Zainal | 16

“Nama Aku Wawa, Wahid Enterprise..,” Bila Wawa Zainal ‘Naik Angin’ Lagi Padu