in , , ,

Tahniah! Asyraf Nasir Juara RapStar ERA

Tahniah Asyraf Nasir! Semoga menjadi pelapis rapper yang cemerlang di masa akan datang.

RapStar ERA mengumumkan Asyraf Nasir sebagai juara pertandingan pencarian rapper ini selepas pelbagai cabaran dan tugasan sehingga ke pertarungan akhir. Juara RapStar ERA membawa pulang sebuah trofi, wang tunai bernilai RM2,000 dan kontrak untuk menghasilkan sebuah single bersama Def Jam Recordings and Universal Music Malaysia. Manakala, empat finalis lain menerima hadiah saguhati bernilai RM500 setiap seorang. 

Pertandingan pencarian bakat nyanyian rap anjuran Era ini telah berlangsung di The Bee pada hari Jumaat lalu, 6 Mac lalu jam 8 malam.

Juara RapStar ERA

Bagi Asyraf sendiri, dia bersyukur apabila bergelar juara dan sekaligus dapat menjadi sebahagian keluarga ERA.

Juara RapStar ERA

Pada pertarungan akhir ini, kesemua lima finalis mempersembahkan bakat dan kreativiti mereka mengikut cetusan idea untuk lirik dan rentak rap yang diadili oleh Kenny Ong, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia dan Singapura; Nazri Noran, Pengurus Rangkaian Kandungan Jenama Radio Melayu, Astro; dan SonaOne, penyanyi hip hop terkenal tanah air.

Juara RapStar ERA
Juara RapStar ERA
Juara RapStar ERA

Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan mantap dan bertenaga daripada penyanyi-penyanyi baharu tanah air seperti Kmy Kmo & Luca Sickta, Dolla, Shalma Eliana dan Abu Bakar Xli. Juga membuat kemunculan, Fariz Jabba dan Yung Raja, penyanyi Singapura serta Mukarakat dari Indonesia.

Juara RapStar ERA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ezad Lazim & Zeana Ramli Bersanding Sekali Lagi Pada 29 Mac 2020

Walaupun Dayang Nurfaizah Batuk, Tapi Tetap Berikan Terbaik di Konsert Minggu Ini