in ,

Syurga ‘Ready To Wear’ BOHARI Kini Di Buka di Sunway Putra Mall

Selepas lebih 15 tahun berkecimpung dalam dunia rekaan fesyen, terutama sekali batik, pereka fesyen senior Ridzuan Bohari kini tampil dengan buah tangan terbarunya.

Lebih berani, lebih tersendiri, memiliki kepelbagaian dan juga trendy, Ridzuan Bohari lahir dengan butik ‘ready to wear’ atau RTW yang dikenali sebagai BOHARI.

Terletak di pusat beli-belah yang mula menjadi buah mulut ramai, Sunway Putra Mall, butik fesyen ini ternyata cukup istimewa kerana mengetengahkan variasi rekaan fesyen kasual, sama ada untuk wanita wahupun lelaki.

Bohari Kini Di Buka Di Sunway Putra Mall

Cukup sinonim dengan rekaan batik yang dicanting di atas persalinan kaftan mahupun kurung dan juga selendang, BOHARI pastinya tidak mengecewakan kerana masih mengekalkan identiti berkenaan dalam setiap satu rekaannya.

Menurut Ridzuan Bohari, menariknya kerana rekaan pakaian yang ada di BOHARI menggunakan teknik cetakan digital yang diilhamkannya sendiri.

“Saya memang dikenali dengan rekaan batik dan oleh kerana itu saya mengetengahkan teknik itu tetapi menggunakan teknologi cetakan digital di atas pelbagai jenis fabrik. Untuk menjadikannya lebih eksklusif, meskipun ini adalah koleksi RTW, setiap rekaan yang ada di BOHARI hanya hadir dalam 8 helai sahaja. Cukup terhad bukan?.”

Perangkul anugerah Piala Sri Endon 2004 itu menambah, langkah itu bertujuan bagi memastikan setiap hasil rekaannya itu dihargai oleh penggemar dan sesiapa sahaja yang mengikuti rekaan fesyen miliknya.

Sebagai permulaan, BOHARI hadir dengan koleksi Paradise 2017 iaitu sebuah koleksi yang diinspirasikan buat individu berpersonaliti menarik dan bergaya tersendiri, tidak dalam apa juga situasi.

(Dari kiri) Bintang sosial media Hafreez Amminuddin @theborneoguy, Naddy Rahman @naddy_rahman, Nuramalina @leeghksh dan Saidatul @saidatulamin menggayakan persalinan dari BOHARI | foto oleh @johannrazali

Sebanyak 24 rekaan meneerusi koleksi ini telah ditampilkan BOHARI dalam sebuah majlis pembukaan rasmi butik dan jenama fesyen berkenan di pusat beli-belah Sunway Putra Mall, hari ini.

Bukan sahaja top berpotongan berbeza gaya, malahan juga celana panjang berpotingan longgar, skirt, kaftan, blaus dan untuk golongan lelaki, rekaan seperti blazer, kemeja lengan panjang dan seluar panjang turut ada di BOHARI.

Kepada penggemar selendang atau para Hijabista, inilah masa yang dinanti-natikan kerana BOHARI miliki tudung bawal mahupun shawl hebal dari permainan rona romantis mahupun benderang.

Majlis penuh meriah itu telah diserikan dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, Y.B Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor disamping kemuculan selebriti popular serta fesyenista tanah air.

“Koleksi fesyen BOHARI disasarkan kepada individu berusia 20 tahun ke atas dan sesiapa sahaja yang dapat menghargai penggayaan fesyen terutama sekali golongan wanita. Sudah menjadi kelaziman ketika membeli keperluan fesyen, sama ada ibu atau anak perempuan, masing-masing akan sama-sama akan melengkapi satu sama lain.

“Apa yang ada di dalam koleksi RTW BOHARI kerana ianya boleh disuai padan dalam apa juga persalinan atau gaya mengikut personaliti, usia dan bentuk badan si pemakai.

“Sudah menjadi tanggungjawab BOHARI untuk memastikan si pemakai sentiasa tampak bergaya hebat, mewah dan sentiasa berada dalam peredaran fesyen masa kini. Tidak ketinggalan zaman,” katanya.

INFO RIDZUAN BOHARI

Dari kiri Naddy Rahman, Saidatul dan Nuramalina dalam persalinam BOHARI | Jurugaya oleh Hafreez Amminuddin | Foto oleh @johannrazali

Mula berjinak-jinak dalam dunia fesyen pada tahun 1989, Ridzuan Bohari dikenali dengan jenama fesyen miliknya, Ridz Bohari yang berlokasi beberapa lokasi iaitu di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Bangsar dan Plaza Damas.

Pada tahun 2004, Ridzuan Bohari menerima pengiktirafan sebagai perangkul anugerah Piala Sri Endon yang kemudiannya telah memberi kelebihan untuk melebarkan sayap lebih jauh.

Beliau kemudiannya telah diundang oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk merealisasikan sebuah acara hebat iaitu Fashion & Interior in Our Lifestyle.

Antara selebriti popular yang pernah menyarungkan persalinan Ridzuan Bohari iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Alyah, Noryn Aziz, Linda Jasmine, Zahida Rafik, Rozita Che Wan, .Artist Datuk Sheila Majid, Ella, Datin Seri Ziela Jalil, Tengku Nadira Adnan dan ramai lagi.

INFO BUTIK BOHARI

Alamat : BOHARI, Lot G-1-5, Sunway Putra Mall
No 100, Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur
Email : [email protected]
Telefon : +60 3-4051 1125
Instagram :@bohari_kualalumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama ALIM-ALIM KUCING Lakonan Fezrul Khan

Rahsia & Simbolik dalam Muzik Video SEJATI Faizal Tahir