in ,

Syura Muncul Masterchef Selebriti Malaysia Kedua

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 9 malam tadi, telah bersiaran di Astro Ria dan Mustika HD, program realiti berbentuk masakan, Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua. Budiey rasa teruja la sikit untuk menonton bersama para peserta dan juga finalis, Celina Khor dan Syura di Malam Finale Masterchef Selebriti Malaysia di Dua Residency, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Memandangkan ramai yang cakap Syura menjadi juara di mana keputusan pemenang sudah diketahui seawal dua minggu sebelum final. Boleh pulak macam tu ek? Ada yang kata, ia hanya satu ramalan orang ramai dan ada yang kata, ada orang dalam yang membocor rahsia. Apa-apa pun, itu bukan lagi menjadi soalan lagi apabila Syura berjaya dinobatkan sebagai juara secara sah pada malam tadi.

Syura

Di sini Budiey ingin mengucapkan tahniah buat Syura yang telah diumumkan sebagai pemenang program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua. Rasanya, ini adalah masa yang terbaik untuk Syura buat comeback.

Syura yang terkenal dengan lagu Nazam Berkasih itu berjaya menewaskan Celina Khor pada episod akhir. Kedua-dua mereka berjaya menghimpun jumlah dana tertinggi. Syura berjaya menyumbangkan RM60,500 kepada badan kebajikan yang diwakilnya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

Bagi Celina Khor pula, sejumlah RM10,000 bakal didermakan kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor atau lebih dikenali sebagai Furry Friends Farm.

Sebagai juara, Syura juga menerima dua tiket penerbangan MAS pergi-balik kelas perniagaan dari Kuala Lumpur – Paris dengan pesawat terbaru MAS.

Selepas tayangan episod akhir, hadiah terus disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini. Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini.”

MasterChef Selebriti Musim Kedua ini ditayangkan bermula 20 April setiap hari Sabtu hingga Selasa di saluran Astro Ria.

Program sebanyak 40 episod itu disertai 19 selebriti tanah air dengan masing-masing diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan fizikal dan mental di dapur.

Barisan selebriti yang menyertai MasterChef Michael Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz, dan Keroz Nazri.

#Liveupdate : Tahniah Syura, Juara #Masterchefselebriti Musim Kedua

Syura

Syura

Syura

Syura

#Liveupdate : Celina Khor &Amp; Syura Tengah Asyik Menonton Aksi Mereka Di Medan Pertarungan #Masterchefselebriti . Siapa Yg Menang, Korang Rasa?

#Liveupdate: Norish Karman &Amp; Celina Di Malam Finale Masterchef Selebriti

#Liveupdate : Antara Peserta Yg Buat Lawak Dalam #Masterchefselebriti Eh, Nama Pun Pelawak Kan ?

#Liveupdate : Cat Farish &Amp; Isterinya Juga Hadir Di Malam Finale #Masterchefselebriti

#Liveupdate : Peace Dari Michael Ang, Antara Peserta #Masterchefselebriti Yg Ceria &Amp; Dramatik.

#Liveupdate : Sharifah Shahora Yg Elegan Di Malam Finale #Masterchefselebriti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mia Sara Nasuha Lancar Kempen Dutch Lady Milk Mug

Ashraf Muslim Stress Gara-Gara Isu Poligami