in

Syuhada Teruja Buat Persembahan di Malam Gala Filem AYAT AYAT CINTA 2

Filem Indonesia yang hangat diperkatakan sekarang ini telah pun berada di pawagam pada hari ini setelah promosi diadakan di Malam Gala filem ini di GSC Pavilion KL. Antara selebriti yang hadir buat persembahan ialah penyanyi kecil molek Syuhada.

Menyanyikan beberapa buah lagu yang menjadi siulan ketika mana filem AYAT AYAT CINTA menjadi fenomena, Syuhada kelihatan sangat teruja untuk memeriahkan acara ini.

Jika korang masih ingat, Syuhada atau nama sebenarnya Wan Shuhada Md. Amin 21 tahun ini adalah Juara Bintang Kecil 2008 dan kini sudah menjadi artis rakaman. Beliau turut diberi peluang untuk bertanding di program D’Academia Asia di Indonesia bersama Shiha Zikir dan Mimi One Nation Emcee pada Disember tahun 2016. Pernah menghasilkan lagu duet bersama Iwere dalam lagu TANPA KAMU. Namanya kini melonjak naik apabila lagu BUKAN DIA menjadi siulan anak muda dan menembusi corong radio.

Jom tonton video persembahan Syuhada di Malam Premiere Filem AYAT AYAT CINTA 2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2018 Tahun Untuk Issey Fokus Pada Karier, Mahu Jadi Yang Terbaik

KRU Ubat Rindu Peminat di Konsert EMOJI