in , ,

Syed Saddiq Mohon Simpati, Mahu Bayar Ikat Jamin, Sekali TMJ Masuk Komen

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon sumbangan orang ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000 sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Rasuah, semalam. 

BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000 sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Sumbangan berkenaan juga bagi membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah Ahli Parlimen Muar itu.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti… ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.

“Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covid-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mahkamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda.

“Saya dengan ikhlas merayu pertolongan anda untuk menyumbang. Link untuk derma telah saya kongsikan di ruangan komen. Kongsikan link ini bersama keluarga dan rakan.

“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” katanya dalam siaran secara langsung (live) di media sosial pada malam Khamis, sewaktu menjawab tuduhan mahkamah yang dihadapinya.

SYED SADDIQ

Menurut Syed Saddiq, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan.

“Selama ini saya memohon bantuan ramai untuk mereka yang terkesan di Muar, pelajar dari keluarga B40, mangsa banjir… namun kali ini agak jrang berlaku di mana saya memohon bantuan anda untuk bantu saya berhubung wang ikat jamin dan yuran guaman,” ujarnya lagi.

Terdahulu Syed Saddiq dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.

Menurut kertas pertuduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia, dan didakwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.

Dalam pada itu, TMJ memuat naik beberapa ig story mengulas apa yang sedang berlaku kepada Syed Saddiq.

Syed Saddiq

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kecoh Neelofa Mencelah Dalam IG Live Ebit Lew, Sekali PU Riz Dedah Apa Yang Sebenar Berlaku

Isu Tepis Tangan & Dakwa ‘Team’ Ebit Lew Macam Mafia, Ini Reaksi Mengejutkan Oleh Caprice