in , , ,

Syatilla Melvin Jawab Isu Guna Foto Berunsur Lucah Untuk Jual Produk

Syatilla Melvin menjawab dakwaan dia menggunakan cara pemasaran murahan untuk menjual produk terbarunya.

Syatilla dan suaminya, pelakon Shaheizy Sam didakwa menggunakan foto berunsur lucah dan ‘double meaning” untuk mempromosikan minuman jamu Pengaseh yang dikeluarkan mereka.

“Kami sengaja guna foto pelbagai makna dan kami sendiri dah rasakan pastinya ia mendapat perhatian ramai. Tetapi bagi kami, kalau mereka rasa perkara terbabit lucah atau negatif, maka secara automatik menjadi lucah dan negatif.

“Ia berbeza kalau ada yang memandangnya secara baik dan positif. Jadi, bila ada isu, apa yang kami sampaikan berjaya. Sejujurnya, tak ada niat pun nak jadikan perkara ini nampak lucah, tapi kalau ada wargamaya nak rasakan ia negatif, kami sendiri tak dapat nak kawal pemikiran orang,”

– Syatilla Melvin
Syatilla Melvin Jawab Isu Guna Foto Berunsur Lucah Untuk Jual Produk

Tambah pelakon drama bersiri Ramadan Yang Hilang ini, kata-kata negatif yang diberikan kepadanya semenjak mula bergelar selebriti menjadi penguat semangat.

“Sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni, saya menerima kecaman yang diberikan dengan baik. Saya tukarkan ia kepada sesuatu yang positif.

Saya tak mahu terasa kerana perkara terbabitlah menjadikan saya kuat dan membentuk Syatilla Melvin yang ada sekarang,” katanya lagi.

– Syatilla Melvin
Syatilla Melvin Jawab Isu Guna Foto Berunsur Lucah Untuk Jual Produk

Syatilla ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik maskara Hijab Mata Kekasih menerusi jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, The Melvins yang dianggotai oleh Syatilla bersama tiga adik beradiknya, Syifa, Syida dan Syafiqa telah melancarkan 60 papan tanda iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan tersebut.

Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher.

*SUMBER: GEMPAK
Syatilla Melvin Jawab Isu Guna Foto Berunsur Lucah Untuk Jual Produk

What do you think?

71 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

SWAMP THING Premieres In Asia Exclusively On Warner TV

Semangat Anak Muda Membersihkan Malaysia Melalui MALAYSIA CLEAN UP DAY 2020