in , ,

Syamsul Dedah Sarah Pesan Jangan Kasi Tau Orang Ada Hubungan Dengan Lelaki

Syamsul Yusof mempertikaikan tindakan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana yang mengeluarkan kenyataan sindiran ketawa membaca tuntutan nusyuz yang dibuat terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.

Syamsul Yusof mendakwa Puteri Sarah sebenarnya risau dengan tuntutan berkenaan terdapat bukti aktres itu mempunyai hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang sejak di awal perkahwinan mereka lagi.

Disebabkan itu juga, Puteri Sarah hanya bersetuju untuk bertemu dengannya dan berbincang dan bersungguh-sungguh mahu dia menarik kembali tuntutan nusyuz yang dibuat.

“Banyak kali saya ajak berjumpa sebelum ini berbincang dengan baik tapi dia yang tidak mahu. Hanya selepas saya fail nusyuz barulah dia akhirnya mahu berjumpa suami. Kenapa?
Kerana kamu risaukan nusyuz tu Sarah saya tahu, kerana di dalamnya ada bukti kamu buat hubungan dengan suami orang sejak dari awal perkahwinan kita.
“Jadi habislah imej ‘isteri teraniayayang awak potreykan pada umum selama ini, itu yang kamu risau.

– Syamsul Yusof

Syamsul membuat pendedahan itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Jumaat.

Kenyataan itu susulan Puteri Sarah mengeluarkan kenyataan tertawa membaca 44 muka surat tuntutan nusyuz dibuat terhadapnya.

Wanita itu juga mendakwa mempunyai bukti video dan gambar tidak senonoh Syamsul dan isteri keduanya, Ira Kazar sebelum mereka berkahwin.

Dalam pada itu, Syamsul mendakwa ketika pertemuan mereka sebelum ini, Puteri Sarah turut mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain malah berpesan untuk tidak mendedahkan kep orang lain.

Syamsul juga mempertikaikan tindakan Puteri Sarah mengugut untuk menyebarkan video tidak senonoh dirinya apabila kemajuan dia tidak dituruti.

“Tidak cukup dengan itu, sekarang pun kamu dah mengaku ada hubungan dengan lelaki lain sedangkan kamu masih bersuami, kamu sendiri yang beritahu saya hari itu masa kita berjumpa. Siap cakap “jangan beritahu orang okay.”
“Tiba-tiba ugut suami minta jutaan ringgit, bila suami tidak setuju mahu dicanang video suami pula. Baiklah tapi bagaimana dengan bukti yang ada pada suami orang itu pula ya Sarah? Cukup sampai situYa di mahkamah sahaja kita selesaikannya,”

– Syamsul Yusof

Sementara itu, Syamsul turut mempertikaikan tindakan Puteri Sarah menyelesaikan masalah mereka dengan menggunakan anak-anak dan ibu bapanya.

Kata Syamsul, masalah di antara mereka boleh diselesaikan secara baik tapi isterinya itu memilih mengaibkan dirinya dan keluarga dan mentua dengan berpura-pura di depan media dan netizen demi meraih simpati masyarakat.

“Saya tulis ini semua bukan mahu netizen sokong saya, tak perlu, cukup Allah untuk saya..
Gunakan anak dan ibu bapa saya. Kita boleh selesai cara baik tapi memilih untuk terus mengaibka suami dan keluarga saya dan mentua,”

– Syamsul Yusof

Dakwa Syamsul lagiibu bapa Puteri Sarah juga pening dan tidak bersetuju dengan caranya menyelesaikan masalah mereka dan disebabkan itu mentuanya mendiamkan diri.

Malah kata Syamsul, bapa mentuanya juga sering menasihatinya agar terus bersabar.

“Qada dan qadar. Terimalah takdir suami kamu telah berkahwin Sarah, janganlah berdendam kesumat hingga ke tahap ini. Ia akan makan diri dan anak-anak kita.

Menjadi fitnah masyarakat. Kamu tak terima poligami tak apa, kita berpisah cara baik. Bukan dengan cara ugut suami dan canang di sosial media berpura-pura konon kamu isteri solehah yang dianiaya. 

“Jadi fikirlah tentang masa depan anak-anak kita dengan berpisah cara baik dan aman. Demi anak- anak kita. Saya adalah ayah pada anak-anak kita walau apapun dan begitu juga kamu ibu pada mereka,”

– Syamsul Yusof

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah 5 tahun Syamsul pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah Simpan Semua Bukti, Tergelak Baca 44 Tuduhan Nusyuz Syamsul

Pertama Kali Jadi Pengarah, Zizan Razak Gementar Arah Telemovie HEISTDILFITRI