in , ,

Syahmi Sazli, Yoh Paree dan Asif Suhaimi Bakal Membintangi Supertele Filem 35mm

Nine Flix Production Sdn Bhd, sebuah syarikat produksi penerbitan drama & filem dan telah banyak menghasilkan program-program TV swasta & komersial untuk stesen TV tempatan & swasta seperti di bawah rangkaian Media Prima (TV3 & TV9), Radio Televisen Malaysia (TV1, TV2 & TVi) serta stesen TV berbayar seperti ASTRO & Hipptv.

Nine Flix Production Sdn Bhd akan menerbitkan sebuah supertele filem yang bertajuk 35mm untuk siaran Astro First. Supertele filem ini akan menjalankan penggambaran di sekitar Pulau Pinang bermula dari 10 Disember 2021 hingga 26 Disember 2021. 

Supertele filem ini akan melibatkan pelakon dan YouTuber terkenal Malaysia iaitu Syahmi Sazli, Yoh Paree dan Asif Suhaimi dan dijangka akan mendapat sambutan hebat dalam kalangan para peminatnya seperti yang pernah berlaku dalam supertele filem Syahmi Sazli sebelum ini iaitu “Mael Totey”. 

Pihak Nine Flix Production Sdn Bhd bakal mengadakan satu majlis pelancaran Supertele filem pada minggu hadapan, pada 9 Oktober jam 5 petang dan dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cik B Vida | 20

Vida Cari Pembantu ‘Handsome’, Sekali Shuib Masuk Komen Buat Ramai Berdekah

Tony Fernandes Airasia-2020

AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-20 Dengan Jualan Terhebat di airasia Super App