in , ,

Zahirah MacWilson Hanya Kawan Dengan Syafiq Kyle Tolak Cinta Lokasi

SELEBRITI tanah air kini bagaikan sudah sinonim dengan adegan cinta lokasi selepas pasangan hero dan heroin digandingkan bersama dalam penggambaran sesebuah drama televisyen.

zahirah-syafiq-2

Sebelum ini, pelakon tinggi lampai Zahirah MacWilson sudah mengeluarkan kenyataan ketika isunya dengan Kamal Adli, bahawa dia langsung tidak memerlukan scene cinta lokasi bagi mendapatkan ‘mood‘ dalam lakonannya.

Baru-baru ini, dia telah digandingkan bersama dengan pelakon Syafiq Kyle menerusi drama Tak Ada Cinta Sepertimu dan drama berkenaan ternyata berjaya memikat hati ramai penonton.

zahirah-syafiq4

“Saya dan Syafiq sangat profesional di set penggambaran. Ini merupakan gandingan pertama saya dengan Syafiq. Saya tak sangka drama ini jadi perhatian,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Malah, gadis berketurunan campuran Melayu dan British itu turut tidak memerlukan apa-apa jenis gosip cinta bagi melariskan lagi drama lakonannya.

“Saya juga gembira apabila nama kami tak dikaitkan dengan sebarang gosip cinta dan masih ramai orang memberi reaksi yang gandingan kami berjaya membuatkan mereka terpikat dengan Tak Ada Cinta Sepertimu.

“Saya gembira kerana tak perlu ada sebarang gosip cinta untuk ‘menjual’ drama bersiri ini. Alhamdulillah, drama ini berjaya meniti bibir peminat dan ramai yang mahukan gandingan kami untuk projek lain selepas ini,” tambahnya lagi.

Selain itu, dia juga tidak memilih siapa sahaja pelakon gandingannya kerana apa yang penting bagi dirinya ialah kualiti sesuatu karya tersebut.

zahirah-syafiq6

Dalam masa yang sama, Zahirah turut bersyukur kerana tahun 2018 ini merupakan tahun yang bertuah baginya berbanding tahun lalu.

Dengan itu, dia berjanji untuk terus berusaha memberi mutu lakonan yang terbaik bagi watak yang dibawa.

“Saya juga tak kisah bergandingan dengan mana-mana hero, asalkan karakter yang saya jayakan itu bagus untuk profil saya sebagai seorang pelakon,” ujarnya.

Tahun lalu, nama Zahirah, Kamal Adli, Zul Ariffin dan Emma Membong bagaikan ‘meletup’ apabilaa terdapat desas desus kononnya mengatakan bahawa dia telah menjadi penyebab hubungan antara Kamal dan Emma berakhir.

Bukan itu sahaja, disebabkan kontroversi itu, hubungannya bersama dengan kekasih hatinya, Zul Ariffin turut goyah dan sehingga kini masih tidak diketahui apakan status mereka berdua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video The Rock Tanya Apa Khabar, Beli Jiwa Orang Malaysia Tengok RAMPAGE

Enam Bulan Job Melayang, Raja Afiq Kini Lebih Matang