in ,

Syafiq Ahmad Dipercayai Terlelap Sebelum Kereta Terbabas

Kemalangan jalan raya yang melibatkan penyerang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Syafiq Ahmad, 25 hingga mengakibatkan anak, ibu mertua dan pembantu rumahnya meninggal dunia semalam benar-benar mengejutkan.

Pemain tersebut yang memandu kenderaan jenis MPV Toyota Vellfire telah mengalami kemalangan di Kilometer 163.6 berhampiran Plaza Tol Jawi apabila dikatakan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Dipercayai Terlelap Ketika Sebelum Terbabas

Menerusi laporan daripada Berita Harian, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata pemain pasukan JDT itu berkemungkinan dipercayai tertidur hingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan.

Anak & Ibu Mentua Shafiq Selamat Dikebumikan

Dalam pada itu, Chong Chern berkata, isteri kepada Muhammad Syafiq mengalami kecederaan patah tulang rusuk, pendarahan dalam perut dan otak serta patah tulang paha kiri.

“Anak sulung mereka juga dipercayai mengalami pendarahan dalam otak. Ibu dan anak itu kini mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.”

“Muhammad Syafiq pula hanya mengalami kecederaan ringan,”

– Chong Chern

Setakat ini, jenazah ibu mertua Syafiq, Zainab Wahab, 45 dan anak lelakinya , Muhammad Aisy Saqeef yang berusia 22 hari telah selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang.

Manakala, jenazah pembantu rumahnya sudah dituntut Pegawai dari Konsulat Indonesia Cawangan Pulau Pinang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berikut Adalah Koleksi JLo Beauty Yang Bakal Bertemu Kita Tahun 2021 Nanti

Tiada Penyingkiran, Tujuh Peserta Ke Pentas Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-7