in , ,

Syafeek Ikhwan Tutup Tahun 2022 Dengan Single Terbaharu Berjudul LAFAZ

Single terbaharu Syafeek Ikhwan berjudul LAFAZ, sebuah naskah balada yang pasti akan menyentuh jiwa para pendengar dengan lirik lagu yang mempunyai maksud mendalam akan dilancarkan pada hari ini (30 Disember 2022) di semua pelantar digital kegemaran dan lirik video di tonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents 

Syafeek Ikhwan, juara pertandingan nyanyian i-Sing Dunia 2018 di Perancis dan juga juara program realiti Lagu Cinta Kita 3 terbitan TV3 bersama Zazo Maulana.Penyanyi berbakat besar ini terus mencuri perhatian para penggemar muzik tanah air dengan karya baharu beliau. 

SyafeekIkhwan_Lafaz

Menurut Syafeek, “Saya merasakan bait-bait liriknya sangat unik kerana ia mengisahkan sepasang kekasih yang menyesal kerana tidak menghargai apa yang ada di depan mata. Mereka ingin menebus kesalahan, memulihkan hubungan yang keruh dan mengharapkan peluang kedua. 

Namun semuanya sia-sia kerana ia hanyalah fantasi semata-mata dan bukan realiti. Justeru, lagu LAFAZ membawa mesej kepada para pendengar terutamanya mereka yang mempunyai pasangan hidup agar sentiasa menghargai orang di sekeliling kerana belum tentunya ia akan kekal di sisi. 

Syafeek berharap agar semua pendengar dapat menghayati bait-bait lirik yang mempunyai mesej positif untuk kongsi bersama. Syafeek juga berterima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memberi semangat untuk saya terus berkarya.”

Lafaz juga merupakan runut bunyi kepada drama Bukan Lelaki Terhebat yang akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 26 Januari 2023. 

Drama bersiri 15 episod ini diinspirasikan dari novel Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad merupakan terbitan Orangetree Production, diarahkan oleh Eoon Shuhaini menampilkan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama. 

Lafaz sesuai dengan jalan penceritaan drama bersiri ini kerana ia mengisahkan cinta 3 segi dan membawa mesej untuk menghargai hubungan yang sedia ada. 

Lagu Lafaz ini boleh mula didengari di semua pelantar digital kegemaran dan lirik video di tonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents bermula 30 Disember 2022. 

SYAFEEK IKHWAN (2)

Turut disertakan ialah lirik lagu Lafaz.

Artis: Syafeek Ikhwan

Tajuk: Lafaz

Komposer: Mel Rahman dan Jipie

Penulis lirik: Mel Rahman dan Jipie 

ku bermimpi berdamping denganmu

dalam igauan lafaz kasihmu

tanpa ku sedar telah mengabaikanmu

biar aku pulihkan semula

ku bermimpi berdamping denganmu

dalam igauan lafaz kasihmu

tanpa ku sedar telah mengabaikanmu

biar aku pulihkan semula

ooohh ohhh..

ku akan menjagamu

sampai mati

ku tahu engkau tahu itu pasti

menagih cintamu

dibiarkan jiwaku rindu saat bersamamu

cinta kau beri terlalu sempurna

takkan terganti kau seindah syurga

air mata bahagia

hingga di hujung senja

mengharap kepulangan bermakna 

Kembali ku akan menjagamu 

sampai mati ku tahu engkau tahu itu 

pasti menagih cintamu dibiar sendiri 

ku tahu kau terluka kasih kita tak sempurna

tanpa cintamu dingin membeku beri satu peluang 

ku akan menjagamu sampai mati 

ku tahu engkau tahu itu 

pasti menagih cintamu dibiar sendiri 

ku akan menunggumu sampai nanti dirimu 

hanya aku yang di hati menagih cintamu

dibiarkan jiwaku rindu saat bersamamu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Tourism Selangor Terus Melangkah Maju Seiring Tahun Baru 2023

HONOR

Senarai Pemenang HONOR Talents Global Design, Ini 6 Pereka Malaysia Berbakat