in , ,

Suria FM Umum Khidmat Tyzo Sebagai Penyampai Radio Ditamatkan Hari Ini

Alamak, apa dah jadi ni?

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar tahun ini hingga seterusnya.

“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo adalah tempoh kerjasama baik. Kami ucapkan terima kasih atas sumbangan beliau.

“Kami sudah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar.

“Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,”

– Tyzo

Suria FM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo atas kerjasama yang diberi sepanjang bersama stesen radio itu.

Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zolqarnain pernah bersama Suria FM pada 2007, namun, meninggalkan stesen berkenaan selepas enam tahun berkhidmat.

Tyzo yang menerima trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 menyertai dunia penyiaran bersama stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004.

Tyzo pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Legenda Bola Sepak, Safee Sali Berjaya Dilancarkan dalam eFootball™ 2024

Harum Setangkai Doa Dedikasi Inteam buat Allahyarham Suhaimi Saad