in

Suria FM Rancak Tour Di Kluang Mall & Mydin MiTC

‘ANGPOW’ & TEMA ‘TAHUN BARU CINA’ MEMERIAHKAN SURIA FM RANCAK TOUR DI SELATAN TANAHAIR

Suria fm meneruskan siri jelajah promosi bagi 2010 dan sebagai pembuka tirai, mereka akan ke selatan tanahair pada 23 Januari di Kluang Mall, Kluang, Johor manakala 24 Januari di Mydin MITC Melaka.

Acara yang bermula 3 petang itu akan dirancakkan dengan persembahan Vince, Mila, Diana Danielle, Ameng Spring, Kumpulan Sofaz dan penampilan istimewa Mawi di Mydin MITC Melaka.

1360192875 E904Aceac2 | 4

Buat pertama kalinya juga pengunjung berpeluang beramah mesra dengan penyampai terkini Suria FM seperti Linda Onn dan Halim Othman selain Zizi, Myra, Bob, Naim, Zaff, Tuah Zoqarnain dan DJ Lin.

Menurut Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Media Suria FM, DJ Lin, ‘Tema yang dipilih adalah sempena sambutan ‘Tahun Baru Cina’ dan sebagai memeriahkan lagi acara itu nanti, “Angpow” berjumlah sehingga RM1000 bakal diberikan kepada 100 pengunjung terawal yang hadir dengan penampilan yang memenuhi tema yang kami tetapkan. Selain itu, pelbagai permainan menarik akan diadakan yang menawarkan hadiah istimewa.

Kami juga turut membawa lebih seribu helai T shirt eksklusif Suria untuk diberikan kepada orang ramai yang hadir. Siaran Suria FM di Kluang Johor boleh didengari menerusi 101.4 fm manakala di Melaka menerusi 88.5 fm.

Keterangan lanjut, layari http://www.suriafm.com.my

Suria FM juga telah menjadi salah satu syarikat yang menaja Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com. Terima kasih Suria FM!

Foto sambutan ulangtahun Suria FM yang lalu…

4267877673 56Bb42D3A4 O | 5

4267875371 096Ec906B8 O | 6

4268621396 C2814Ac519 O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Red Carpet Photo Golden Globe Awards Ke 67

Dayana dan Hafiz Anak Wayang Bercinta Tapi Selalu Gaduh?