in

Suria FM Jadi Radio Rasmi Chelsea VS Harimau Malaya

[dropcap]B[/dropcap]udiey baru sahaja pulang dari menghadiri Majlis Pra Dengar Album terbaru Shila Amzah. Budiey dah dengar kesemua lagu terbaru dan Budiey boleh berikan pujian atas kesungguhan Shila Amzah menghasilkan lagu. Yang penting, semua lagu adalah luahan dan isi hati beliau. Tahniah.

Sementara itu, Budiey nak siar dulu berita tentang Suria FM yang ada kaitan dengan pasukan bola sepak Chelsea. Buat semua peminat tegar Liga Perdana Inggeris terutamanya pasukan Chelsea, kini anda berpeluang untuk menonton kesebelasan utama Chelsea menentang pasukan kebangaan Malaysia, Harimau Malaya menerusi ‘Chelsea Here to Play, Here to Stay Asia Tour 2013’. Perlawanan ini akan berlangsung pada 21 Julai 2013 di Stadium Shah Alam bermula jam 9.45 malam.

WAN AJAIB, NAIM DAN KUDSIA KAHAR BERSAMA BUKU CHELSEA

Star Radio Group memberikan komitmen penuh ‘Chelsea Here to Play, Here to Stay Asia Tour 2013’ di mana stesen radio Red FM adalah radio rasmi manakala Suria FM dan 988 menyokong penuh kempen ini dengan memberikan tiket perlawanan bola kepada para pendengar menerusi peraduan yang diadakan bermula 1 Julai hingga 21 Julai 2013.

Peraduan akan ke udara menerusi peraduan Seribu Seminit di dalam segmen Ceria Pagi, 5 pagi-10 pagi, Isnin hingga Jumaat. Tunggu isyarat untuk peraduan Seribu Seminit, 10 soalan akan diberikan dan pendengar perlu menjawabnya dengan betul dalam masa satu minit. Selain itu, anda boleh memenanginya dalam segmen Selamat Malam Suria yang keudara pada jam 8 malam-10 malam, Isnin hingga Jumaat dimana apabila isyarat menghantar SMS keudara, taip SURIATIKETJAWAPAN A atau B dan hantarkan ke 33988. Juga menerusi segmen Grandstand Suria pada hari Sabtu dan Ahad, 6 pagi-10 pagi dengan menaip SURIATIKETBETUL/SALAH dan hantarkan ke 33988.

Jika anda berjaya menjawab soalan dengan tepat, dua pasang tiket berharga RM108 menanti anda untuk sama-sama menyertai ribuan peminat lain di Stadium Shah Alam. Selain menerusi onair, anda juga boleh memenangi tiket perlawanan dengan menyertai peraduan ini secara online di laman web Suria FM iaitu www.suriafm.com.my dan jawab soalan mudah beserta slogan.

Satu lagi usaha berterusan untuk menyokong industri sukan Negara, mari ramai-ramai memeriahkan Stadium Shah Alam untuk memberikan sokongan terhadap pasukan kegemaran anda. Layari www.suriafm.com.my untuk sebarang maklumat lanjut. Suria FM, Menceriakan Duniamu dengan meyokong ‘Chelsea Here to Play, Here to Stay Asia Tour 2013’.

SESI PENYERAHAN TIKET PERLAWANAN CHELSEA VS HARIMAU MALAYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Metallica Yang Pertama di Malaysia

Betul Ke Ahli Seniman Boikot Perjumpaan Lima Artis Veteran?