in

SURIA FM Catat 2.9 Juta Pendengar

Satu lagi kejayaan dicipta oleh Suria FM. Tahniah diucapkan dari budiey.com:

Suria FM sekali lagi berjaya memikat hati pendengar apabila berjaya mencatatkan jumlah kenaikan pendengar dari 2.3 juta pendengar tahun lalu kepada 2.9 juta pendengar melalui kaji selidik radio pertama oleh Nielson tahun ini. Peningkatan sebanyak 25% ini membuktikan bahawa pengisian yang kami bawa telah menceriakan ramai pendengar. Kini kami semakin besar dengan jumlah pendengar yang kian meningkat saban tahun.

Lebih memberangsangkan, Suria FM juga berada tangga nombor 1 dari segi jumlah masa mendengar dalam kalangan stesen radio swasta berbahasa melayu dengan peningkatan sebanyak 17%. Hal ini bermakna, pendengar radio kebelakangan ini lebih lama meluangkan masa mendengar Suria FM berbanding radio swasta berbahasa melayu yang lain.

Kedudukan Suria FM dalam pasaran radio swasta berbahasa melayu diperkuatkan lagi dengan pelbagai program dan pengisian yang sentiasa menghibur dan menceriakan.

Untuk segmen Ceria Pagi di Suria bersama Halim Othman, Nabil Ahmad dan Kenchana Devi, jumlah pendengar telah meningkat sebanyak 25% iaitu dari 1 juta pendengar tahun lepas kepada 1.3 juta orang tahun ini.

Segmen Ceria Petang di Suria bersama Linda Onn juga telah menjadi nombor 1 dari segi peratusan peningkatan jumlah pendengar dalam kalangan radio swasta berbahasa melayu dengan peningkatan sebanyak 25% dengan jumlah 1.5 juta pendengar terkini.

Dari segi masa mendengar, Suria FM juga berada di nombor 1 dari segi peratusan peningkatan jumlah pendengar segmen 11pm hingga 2am dalam kalangan stesen radio swasta berbahasa melayu dengan peningkatan sebanyak 39% iaitu 924,000 orang. Ia merangkumi segmen Menu Ceria Suria, Santai Pejabat di Suria, Ceria Petang di Suria, Citra Muzik di Suria serta Suria Cinta.

Menerusi segmen Citra Muzik di Suria bersama Tyzo yang bermula dari 8pm hingga 11pm, ia telah mencatatkan peratusan peningkatan tertinggi jumlah pendengar dalam kalangan stesen radio swasta berbahasa melayu dengan jumlah pendengar terkini berjumlah 1.151 juta orang. Ia telah meningkat sebanyak 16% untuk kaji selidik Nielson pertama tahun ini.

Peningkatan ini juga selari dengan beberapa sesi promosi, siri jelajah, peraduan secara on air dan on ground yang galak diadakan untuk menghargai para pendengar. Selain itu, dengan adanya barisan penyampai radio yang ceria, putaran lagu-lagu terbaik 90-an dan terbaharu hinggalah kepada aktiviti-aktiviti untuk menghargai para pendengar, Suria FM amat menitikberatkan setiap saat ke udara berteraskan kualiti untuk kepuasan pendengar.

Menurut En. Yusry Abu Samah, Tmbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, “Menerusi kaji selidik Nielson yang pertama tahun ini, ia adalah pencapaian terbaharu Suria FM. Kejayaan Suria FM ini adalah usaha dan penat lelah seluruh tenaga kerja Suria FM. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pendengar termasuk pendengar baharu Suria FM. Nampaknya konsep yang Suria FM ketengahkan ini mendapat tempat di hati semua. Saya amat yakin bahawa Suria FM akan terus berjaya selepas ini dan makin meningkat untuk kaji selidik yang akan datang.”

Dari semasa ke semasa, Suria FM akan sentiasa memberikan yang terbaik buat para pendengar. Pelbagai aktiviti dan sesi jelajah promosi hebat dirancang seperti konsert kemuncak, peraduan on air dan on ground serta siri jelajah yang menarik buat 2.9 juta pendengar Suria FM. Terima kasih kerana terus menceriakan hari anda bersama dengan Suria FM.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bob Kuman Meninggal Dunia

Bob Kuman Selamat Dikebumikan