in , ,

Suria FM Berjaya Naik ‘Ranking’, Kini Jadi Stesen Radio Nombor 3 Teratas

SURIA FM melakar sejarah dengan menjadi radio nombor tiga tertinggi dengan mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan sebanyak 140,000 pendengar melibatkan lima stesen radio berbahasa Melayu dalam negara.

Setelah hampir 15 tahun bertapak di industri radio, Suria FM kini berjaya melakar sejarah meraih tempat ketiga teratas dengan mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan sebanyak 3% atau 140,000 pendengar di kalangan lima stesen radio berbahasa melayu juga secara keseluruhan di antara radio komersial di Malaysia. 

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, “Alhamdulillah, keputusan terbaru kaji selidik GFK untuk Wave 2, 2022 ini menjadi satu berita gembira buat kami di Suria FM. 

Keputusan kajian kali ini mencatatkan jumlah pendengar mingguan tertinggi di Suria berbanding kaji selidik sebelumnya dari Wave 2, 2014 sehingga Wave 1, 2022. 

Usaha, komitmen, formula dan fokus yang tinggi yang diberikan oleh warga Suria telah berjaya menarik lebih daripada 3.5 juta pendengar sekaligus meletakkan Suria FM di kedudukan ketiga teratas dengan mencatatkan peningkatan pendengar mingguan dan pendengar eksklusif tertinggi di antara stesen radio berbahasa melayu komersial.”

– DJ Lin
Suria Fm Berjaya Naik 'Ranking', Kini Jadi Stesen Radio Nombor 3 Teratas

Berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GFK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2022, hampir semua segmen radio di Suria FM catat kenaikan peratusan tertinggi  bagi jumlah pendengar mingguan di antara 5 stesen berbahasa melayu komersial. 

Segmen Morning-Morning Suria gabungan terbaru, Ajak, Suraya dan Shuib pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan sebanyak 59,000 pendengar berbanding pengukuran (Wave) sebelumnya dan juga peningkatan pendengar eksklusif tertinggi sebanyak 119,000 pendengar di antara stesen berbahasa melayu komersial di slot masa yang sama. 

Segmen Muzik Top Suria kelolaan Cik Piah berjaya meraih jumlah masa mendengar tertinggi (Time Spent Listening) berbanding stesen radio komersial berbahasa melayu lain iaitu selama 1 jam 34 minit dan segmen Refleksi di Suria juga berjaya mencapai jumlah pendengar mingguan tertinggi sebanyak 168,000 pendengar. 

Suria Fm Berjaya Naik 'Ranking', Kini Jadi Stesen Radio Nombor 3 Teratas

Manakala segmen-segmen seperti Suria Petang dihoskan oleh Sharifah Shahirah dan Tyzo sepanjang Isnin hingga Jumaat jam 3.00 petang hingga 7.00 malam, segmen Gaya Suria kelolaan Cik Piah, setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10.00  pagi  hingga 1.00 tengahari, segmen Suria Cinta bersama DJ Lin pada setiap hari Ahad hingga Jumaat, dari jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi dan Suria Pagi Show dikendalikan oleh Anna J pada hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, kesemuanya telah mencatatkan trend peningkatan pendengar eksklusif tertinggi di kalangan stesen radio berbahasa melayu komersial. 

Tambah DJ Lin, “Terima kasih buat semua, kejayaan ini kami dedikasikan istimewa buat semua pendengar Suria FM yang sentiasa menyokong dan menjadikan Suria FM radio pilihan anda. Kami akan terus berusaha untuk mengekalkan momentum dalam menghasilkan produk serta karya yang kreatif, segar juga menghiburkan. Misi kami seterusnya untuk mendaki ke tangga kedua sekaligus muncul juara bagi keputusan yang mendatang” 

Tahniah Suria FM!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ejen Ali | 15

Ejen Ali Lancar Misi Cuti Sekolah Larian Maya 5Km Untuk Seisi Keluarga 

Fesyen Travel Trending | 16

Hotel Terbaik Di Selangor Untuk Percutian Bulan Madu Yang Romantik!