in , ,

Suria Perkenalkan Suria Duo X, Gabungan Enam Penyanyi Popular Atas Satu Pentas

Sentiasa komited dalam memberikan selektif program yang segar dan menarik kepada pendengar, stesen radio Suria FM kini kembali dengan program Suria Duo X yang bakal menemui pendengar menerusi platform digital bermula pada 20 Mac ini.

Suria Duo X merupakan sebuah program digital yang menggabungkan penyanyi lama dan penyanyi baru seperti Aina Abdul, Siti Sarah, Ezad Lazim, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan Syamel di atas satu pentas di mana mereka akan menyanyikan lagu popular pasangan masing-masing dan lagu duet yang diubah gubahan muziknya. 

Boleh ditonton secara langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV, peminat boleh menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka setiap minggu dan juga rebut peluang memenangi sebahagian wang tunai berjumlah RM10,000 serta peluang menyanyi bersama kumpulan pilihan mereka di pentas Finale Suria Duo X. 

Suria Perkenalkan Suria Duo X

Peluang terbuka kepada orang ramai dengan hanya ‘cover’ lagu duet kumpulan pilihan dan muat naik di Instagram masing-masing berserta tag dan hashtag Suria Malaysia, #SuriaDuoX dan #namakumpulanpilihan. Nama kumpulan nanti akan dipaparkan ketika mereka membuat persembahan.

‘Template’ lagu duet itu boleh didapati selepas persembahan setiap minggu di Instagram Suria Malaysia dan laman web suria.my.

Saksikan episod pertama Suria Duo X pada 20 Mac ini jam 9.00 malam di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV dengan gandingan artis yang pertama, Syamel dan Siti Sarah. 

Suria Perkenalkan Suria Duo X

Pengurus Kanan Suria, Cik Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, berkata program digital ini merupakan salah satu initiatif Suria dalam mencapai pendengar lama dan baru untuk kekal mendengarkan Suria sebagai salah satu radio pilihan hati mereka. 

“Suria sinonim dengan penganjuran Jelajah Suria sebagai tanda terima kasih atas sokongan pendengar.

Namun disebabkan penularan wabak Covid-19, program Suria Duo X ini merupakan pendekatan terbaik bagi menghiburkan pendengar dan peminat Suria.

Walau tidak dapat bertemu dua mata dengan penyampai Suria tahun ini, diharapkan pendengar setia dan peminat Suria dapat terus memberikan sokongan kepada Suria dengan mendengarkan Suria dan menonton program-program digital terbitan Suria di media sosial Suria Malaysia, Youtube Suria TV dan laman web Suria.my,”

– DJ Lin
Suria Perkenalkan Suria Duo X

Di samping itu, Suria turut memperkenalkan peraduan “Suria bagi Duit..Huntonglah!” sepanjang bulan Mac ini bermula pada 9 Mac hingga 27 Mac.

Menangi sebahagian wang tunai bernilai RM50,000 dengan hanya menjadi pemanggil pertama selepas isyarat memanggil dan menjawab lima soalan dalam masa 30 saat menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria/Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Setiap jawapan bernilai RM50 dan pemenang akan memenangi wang tunai berdasarkan jumlah jawapan yang betul. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Suria Perkenalkan Suria Duo X

What do you think?

93 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Band Kemalangan Dilanggar Pemandu Mabuk, Netizen Anggap Balasan Buat Parodi di AJL?

Hefny Sahad Kongsi Bakat Dekorasi Kediaman Dalam PROJEK RUANG di TV Okey