in ,

Surat Terbuka: Keruntuhan Industri Seni Akibat Penutupan Yang Berpanjangan

DIkhuatirKAN KLPAC tidak dapat bertahan Fasa 3 jika premis tersebut tertutup sehingga suatu tempoh yang tidak tentu. Oleh itu, pihak klpac, The Actors Studio dan penangpac telah memutuskan untuk mengeluarkan surat terbuka ini. Surat terbuka berikut juga telah dihantarkan kepada YB Dato’ Sri Nancy (MOTAC), YB. Dato’ Saifuddin (KKMM), YBhg. Datuk Mohd Rabin (MKN) and YB Dato’ Sri Ismail Sabri.

315 hari. Hampir setahun sejak teater kami kehilangan penonton. Apabila premis seni kami dibuka semula pada bulan Julai 2020 untuk pertama kalinya, Joe Hasham OAM (Pengasas Bersama & Pengarah Artistik) berkata “Without you, our audience…we are nothing” sambil mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang daripada mereka yang tidak pernah jemu menyokong kami dan setia bersama-sama kami selama ini. 

Sejak permulaan wabak Covid-19, kami telah bergelut untuk mengumpulkan dana yang mencukupi untuk meneruskan operasi kami setiap bulan. 

Klpac

Kami ditinggalkan dengan kira-kira RM5,000 baki dalam akaun bank selepas menjelaskan cek-cek untuk bulan ini. Kakitangan akan dimaklumkan dengan setiap langkah dan sebarang keputusan yang akan diambil. Sejak PKP 3.0, kadar pemotongan gaji telah meningkat kepada 40 – 60%. Kemungkinan besar tidak lama lagi, setiap kakitangan kami akan ditukar menjadi kakitangan kontrak. 

50% dari kerugian ini adalah daripada penyewaan ruang yang tidak dapat kami gantikan selagi premis kami ditutup. Penyewaan ruang telah merosot 80% pada tahun 2020 berbanding pada tahun 2019. Perolehan dana dari jualan tiket untuk pertunjukkan secara dalam talian bagi tempoh sebulan (secara keseluruhannya mempunyai 4 pertunjukan) adalah kurang daripada separuh daripada hasil jualan sebuah persembahan secara langsung. 

Klpac

Covid-19 mungkin akan wujud untuk tempoh masa yang lebih lama. Adakah ini bermakna industri seni akan ditutup sehingga 2022 atau mungkinkah ianya akan luput begitu sahaja? 

Oleh itu, inilah masanya untuk Malaysia mengambil keputusan – sama ada seni adalah suatu aspek yang masih dapat menjadi sebahagian daripada landskap tempatan apabila keadaan menjadi semakin pulih. Para penonton, artis-artis, pelajar-pelajar dan setiap pekerja seni – mengatakan “YA”. Sekarang, terserahlah kepada kuasa yang memerintah Malaysia. 

Di sebalik menyenaraikan seni dibawah kategori yang bukan keperluan utama, premis ditutup untuk tempoh berpanjangan dan merupakan kategori terakhir dibenarkan beroperasi – kita harus menerima fakta dan mengubah naratif. Ya, kami memahami bahawa kes Covid-19 harian masih tinggi tetapi bagaimana kita mengambil langkah seterusnya dengan mengutamakan keselamatan sambil mengurangkan risiko?

1. Mempercepatkan proses vaksinasi untuk semua artis dan penggiat seni. klpac dan penangpac bersedia untuk dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk industri seni seperti KLIA untuk industri penerbangan. 60% kakitangan kami telah menerima dos pertama manakala 40% masih belum mendapat janji temu. Terdapat banyak lagi penggiat seni yang masih menunggu untuk janji temu dan tidak sabar-sabar untuk kembali bekerja. 

2. Membenarkan kami untuk melaksanakan penggambaran dan rakaman dengan segera sekurang-kurangnya dalam skala yang kecil. Kami khuatir tidak dapat bertahan sehingga Fasa 3. 

3. Kita perlu mengasingkan acara seni / langsung daripada kategori aktiviti sosial. Di Singapura, persembahan langsung masih dibenarkan walaupun perjumpaan sosial dihadkan kepada 2 orang. Para penonton kami memakai pelitup muka dan mematuhi SOP yang ketat. Tiada kluster yang kesan dikaitkan dengan teater. 

4. Kami memahami bahawa Majlis Keselamatan Negara bergiat keras untuk memastikan keadaan lebih terkawal. MOTAC dan KKMM harus bekerjasama dengan organisasi seni untuk merancang pembukaan yang selamat – ini merangkumi ujian rintis dengan menjalankan persembahan-persembahan berskala kecil. Ianya dapat membantu sedikit sebanyak ke arah pemulihan lebih positif. Langkah-langkah yang perlu diambil berdasarkan data dan bukti. Sekiranya pemuzik dibenarkan membuat persembahan sepanjang hari di PPV yang melihat aliran sebagai 8,000 orang setiap hari, mengapa tidak di tempat lain dengan kapasiti 50 orang hanya selama satu jam.

5. Ada di kalangan kami yang berpegang kepada geran persembahan dan program yang tidak dapat kami penuhi kerana premis ditutup. Walau bagaimanapun, dana tersebut boleh dialihkan untuk menangguh kos operasi bagi membantu kita bertahan dahulu. 

6. Pertimbangan untuk memberi geran dan bantuan bagi memenuhi keperluan asas kami. Sebelum kita sampai Fasa 3, bantulah kami melepasi Fasa 1 dan 2 dahulu. 

Klpac

7. Kita perlu membangunkan keseluruhan ekosistem seperti sedia-kala. Kami memerlukan subsidi premis supaya artis dan kumpulan seni dapat mempersembahkan persembahan langsung atau merakam persembahan bagi memulakan industri ini. Premis seni memerlukan bantuan dengan kos operasi – yang lebih mengutamakan pengaturcaraan buat masa ini. Kecualikan deposit untuk lesen hiburan terutama di Wilayah Persekutuan. Di dalam situasi sekarang, tiada siapa yang mampu membayar RM10k bagi deposit lesen hiburan. Pelepasan cukai dan insentif perlu diberikan kepada mereka yang membeli tiket (seperti membeli buku), menyewa premis seni, menaja atau menderma kepada organisasi seni. Penaja atau penderma kepada premis seni seperti kami tidak mendapat sebarang pelepasan cukai yang merupakan suatu kekurangan di pihak kami. Di Singapura, syarikat seni mempunyai status ‘amal’. Dengan justeru itu, secara automatik cukai akan ditolak. Para penderma diberikan potongan cukai sebanyak 250%. 

Kami tidak bersedia untuk berhenti walaupun keletihan mental dan fizikal. Kami memohon pertimbangan yang adil. 

“To return some dignity to artistes and arts workers.” 

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong kami menghadapi krisis ini, kebanyakan dari mereka hanya orang biasa, pesara, rakan artis yang telah sedikit sebanyak menyumbang kepada kami termasuk rakan- rakan perkongsian jangka panjang kami. 

Kami berharap dengan surat ini pihak Tuan/Puan dapat membuka sedikit ruang bagi kami untuk terus berdiri teguh dalam karya kami. Semoga usaha ini dapat ditimbang seadilnya dari aspek pertumbuhan seni negara yang kian luput bahana pandemik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rebecca Nur Al Islam 2021 | 23

Suami & Enam Anak Rebecca Nur Al-Islam Positif Covid-19

Nazri Noran | 24

Kempen Bersamamu #KitaJagaKita, Radio Media Prima Terima Luahan Yang Terkesan