in ,

Surat Neal Mohan Tentang Keutamaan & Ekonomi Youtube di Tahun 2023

Kami berharap anda dalam keadaan yang baik. Kami ingin berkongsi surat Neal Mohan kepada seluruh komuniti YouTube yang memberikan kemas kini tentang kepentingan utamanya: melabur dalam ekonomi pencipta kandungan, membina untuk YouTube masa hadapan dan melindungi komuniti YouTube.

Berikut ialah beberapa tema khusus yang ingin kami ketengahkan: 

  • Menyokong kerja para pencipta kandungan & komuniti pencipta kandungan yang semakin berkembang: Dalam iklim makroekonomi yang mencabar ini, kami menawarkan peluang untuk mengembangkan perniagaan pada platform kami. Ekosistem kreatif YouTube menyokong lebih dua juta pekerjaan pada tahun 2021 di Brazil, Kanada, Amerika Syarikat, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Perancis, Australia, Jerman, United Kingdom, India dan Turkiye secara keseluruhannya, menurut kajian oleh Oxford Economics.
    • Ribuan saluran memperoleh wang pada YouTube untuk kali pertama pada tahun 2022.
    • Permainan video digital terus menjadi suatu bidang di YouTube di mana kami melihat inovasi yang luar biasa. Kami menyaksikan lebih dua trilion tontonan berkaitan dengan permainan video digital di YouTube pada tahun 2022.
    • Kami terus menjadikan kandungan di YouTube lebih mudah diakses dengan sari kata automatik untuk penonton dalam 16 bahasa. YouTube telah membuat sari kata untuk lebih enam bilion video dan lebih daripada satu bilion pengguna menonton video dengan sari kata didayakan setiap hari.
  • Membina untuk YouTube Masa Hadapan: Kami melabur dalam ciri dan pengalaman yang akan menjadikan YouTube platform utama yang hebat untuk para penonton dan pencipta kandungan. Berikut ialah beberapa bidang yang kami fokuskan:
    • TV Bersambung: TV ialah skrin yang paling pantas berkembang pada tahun lepas dan kami menyaksikan pertumbuhan serta momentum di seluruh dunia. Pada bulan Disember pula, kami mengumumkan bahawa NFL Sunday Ticket akan tersedia pada YouTube TV dan Saluran Primetime. Sunday Ticket juga akan disertakan dengan kaedah untuk berinteraksi dengan peminat lain, termasuk ulasan, sembang dan tinjauan pendapat. Lewat tahun ini, YouTube TV akan bersiaran dengan sesuatu yang baharu: ciri yang membolehkan penonton menyaksikan pelbagai perlawanan sukan secara serentak.
    • Shorts: YouTube Shorts memberi pencipta kandungan jangkauan yang lebih hebat – kini purata tontonan Shorts mencecah lebih 50 bilion setiap hari. Pada tahun lepas, bilangan saluran yang memuat naik video pada Shorts melonjak lebih 80% setiap hari. 
    • Podcast: Pada tahun ini, kami akan memastikan pencipta kandungan dan artis dapat menyiarkan podcast mereka pada YouTube dengan lebih mudah. Ciri baharu pada YouTube Studio akan memudahkan lagi penerbitan podcast. Kami juga akan mula menyediakan kedua-dua podcast audio dan video asal kepada berjuta-juta orang yang menggunakan YouTube Music di Amerika Syarikat, dengan lebih banyak kawasan akan menyusul. 
    • AI: Pencipta kandungan akan dapat mengembangkan penceritaan dan meningkatkan nilai penerbitan mereka, daripada menukar pakaian secara maya sehingga mencipta latar filem fantasi melalui keupayaan penjanaan AI. Kami tidak terburu-buru untuk membangunkan ciri ini dan mahu memastikan garis panduannya dirangka dengan teliti.
  • Melindungi Komuniti YouTube: Saat kami terus menginovasi, tiada perkara yang lebih penting daripada memenuhi tanggungjawab kami untuk melindungi komuniti kami. Kami melabur dalam pasukan, teknologi dan sistem untuk memastikan pencipta kandungan dan penonton mempunyai pengalaman yang selamat pada YouTube. Kami akan terus melibatkan diri dengan penggubal dasar untuk berkongsi perspektif tentang dasar yang memberikan kesan kepada pencipta kandungan dan artis kami. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dituduh Potong Gaji Pekerja, Ini Sebab Aeril Zafrel & Wawa Mahu Saman Portal

Betul Ke Hubungan Cinta Zarina Anjoulie & Khazrul Kembali Bertaut?