in , ,

Sunway Malls Menyambut Blessed Christmas Dengan Semangat Keihsanan & Kesyukuran

Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) menyambut musim perayaan yang bakal tiba dengan semangat keihsanan dan kesyukuran menerusi ‘Blessed Christmas’, untuk mengakhiri tahun 2020 dan bersyukur sempena tahun baru yang menjelang. (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) menyambut musim perayaan yang bakal tiba dengan semangat keihsanan dan kesyukuran menerusi ‘Blessed Christmas’, untuk mengakhiri tahun 2020 dan bersyukur sempena tahun baru yang menjelang.

“Perayaan Krismas adalah peluang untuk bermuhasabah dan menghargai detik-detik yang bermakna bersama insan yang kita sayangi. Tahun ini sememangnya penuh dengan dugaan, namun kita perlu memastikan bara harapan tetap menyala untuk menyusuri tahun baharu yang bakal tiba. Untuk Krismas kali ini, kami berhasrat untuk menyebarkan mesej bahawa kita perlu memuliakan keberkatan yang kita dapat nikmati, di samping menunjukkan keihsanan kepada golongan yang kurang bernasib baik menerusi ‘Blessed Christmas’ di Sunway Malls,” ujar HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks.

Sunway Malls bermatlamat untuk menjunjung keihsanan misalnya menerusi inisiatif menderma darah yang bertujuan untuk menyelamatkan nyawa serta meningkatkan bekalan darah negara. Sunway Malls sedang berganding bahu dengan beberapa hospital dan fasiliti kesihatan untuk mewujudkan kemudahan yang selamat bagi para individu yang ingin menderma darah. Secara kolektif, Sunway Malls mensasarkan untuk mencatat 5,000 pendermaan darah sebelum akhir tahun. Dengan sumbangan sekecil ini, kita semua boleh memainkan peranan dalam memuliakan keberkatan sempena musim perayaan ini.

Blood Donation Drive

Berlatarkan situasi ekonomi semasa, para peruncit di seluruh rangkaian pusat beli-belah Sunway masih cekal menawarkan khidmat meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk meringankan beban dan menghargai khidmat mereka, Sunway Malls sedang menggiatkan program apresiasi, ‘#KitaSupportKita’ untuk memberi sumbangan semula kepada kakitangan runcit yang berkhidmat di baris hadapan dalam bentuk baucar makanan, baucar beli-belah dan mata ganjaran Sunway Pals yang boleh ditebus di semua pusat beli-belah Sunway.

Pusat beli-belah yang bersih dan selamat kekal menjadi keutamaan Sunway Malls, dan pelbagai langkah keselamatan telah dikerahkan sejajar dengan cogan kata, ‘Your Safe Space, Our Safe Space’. Pengimbas suhu berketepatan tinggi ditempatkan di pintu masuk, termasuk pengesanan kontak ke atas pengguna yang memasuki pusat beli-belah dan setiap outlet, serta kegiatan pensanitasian yang dijalankan secara berkala untuk memastikan ruang awam kekal bersih dan selamat untuk semua pengunjung. Para pembeli-belah diingatkan untuk mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka pada setiap masa dan menggunakan pembasmi kuman demi keselamatan.

Sunway Putra Mall

Dari utara ke selatan, setiap pusat beli-belah Sunway diserikan dengan pokok-pokok Krismas, dekor dan perhiasan, serta pelbagai tawaran beli-belah yang boleh dijadikan hadiah untuk insan tersayang. Kunjungi outlet yang bertemakan fesyen, kecantikan, keperluan kediaman, gaya hidup digital, makanan dan minuman dan banyak lagi untuk menyempurnakan sesi beli-belah anda. Untuk menambah seri perayaan kali ini juga, para pembeli-belah bakal menerima ganjaran eksklusif bagi perbelanjaan yang dibuat di pusat beli-belah Sunway. 

Beli-belah dengan selamat, berkati saudara-saudari kita dan nikmati ganjaran dengan mengunjungi Sunway Malls!

‘BLESSED CHRISTMAS’ DI RANGKAIAN PUSAT BELI-BELAH SUNWAY

Sunway Pyramid

Sunway Pyramid

Sempurnakan perayaan Krismas anda di Sunway Pyramid mulai 26 November hingga 31 Disember 2020 menerusi pelbagai tawaran yang menarik dan inisiatif derma darah mingguan, semuanya disediakan di ruang yang selamat melalui langkah-langkah pencegahan yang ditetapkan.

Atas semangat keihsanan dan usaha penjarakan fizikal, Sunway Pyramid akan mempersembahkan ‘Santa’ menerusi kiosk Santa virtual di pusat beli-belah ini dari 2 hingga 31 Disember. Pembeli-belah yang bertuah berpeluang untuk menyaksikan hajat mereka ditunaikan! Mood Krismas juga terus berseri di Sunway Pyramid dengan perhiasan pokok-pokok Krismas dan lampu bergemerlapan di sepanjang susur jalan utama Sunway City serta gerbang masuk pusat beli-belah ini.

Sunway Big Box

Untuk memberi ganjaran kepada pembeli-belah atas kesetiaan mereka, kiosk penebusan ganjaran juga akan disediakan di LG2 Blue Concourse bagi tujuan penebusan hadiah-hadiah menarik untuk perbelanjaan yang dibuat. Untuk menebus Pelitup Muka Fabrik Edisi Khas Sunway Malls, pembeli-belah hanya perlu membelanjakan RM250 dalam maksimum dua resit. Pembeli-belah yang membelanjakan RM750 dalam maksimum dua resit dapat menebus dua set pelitup muka fabrik dan Set Hadiah Claire Organics yang bernilai RM100, ia mengandungi sebuku sabun, produk pelembab, losyen serba mewah dan baucar hadiah bernilai RM20.

Beli-belah pelbagai hadiah dan tawaran Krismas yang menarik daripada 1,000 lebih jenama dalam bidang fesyen, kecantikan, alat mainan dan hobi, gajet digital, keperluan kediaman, makanan dan minuman, jam tangan, barang kemas dan banyak lagi untuk menambah seri perayaan Krismas anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Pyramid.

Sunway Velocity Mall

Sunway Velocity Mall

Mulai 20 November 2020 hingga 3 Januari 2021, Krismas tahun ini bakal disulami dengan harapan dan semangat keihsanan di Sunway Velocity Mall. Pusat beli-belah ini menghulurkan keberkatan kepada para keluarga, terutamanya pemilik-pemilik perniagaan kecil yang menghadapi kesukaran ketika pandemik ini. 

Sunway Velocity Mall telah menunaikan hajat tiga perniagaan kecil, yang diusahakan oleh keluarga-keluarga ibu bapa tunggal, untuk memberi mereka bantuan dalam bentuk barangan keperluan rumah, selain menunaikan permintaan anak-anak mereka serta membantu menyediakan stok perniagaan yang bernilai sebanyak RM10,000. Sunway Velocity Mall juga telah mengunjungi Yayasan Sunbeams Home pada tanggal 23 November 2020, dan 136 orang kanak-kanak serta 53 orang pengasuh telah dihadiahkan kasut baharu daripada FUFA dan XES. Kegembiraan yang terpancar di wajah mereka mencerminkan makna Krismas yang sebenar.

Musim perayaan ini juga tidak lengkap tanpa pemberian hadiah yang dibuat secara ikhlas. Sekiranya anda ingin membeli hadiah buat insan tersayang, golongan kurang bernasib baik atau diri anda sendiri, terdapat pelbagai pilihan yang disediakan di outlet-outlet yang bertemakan fesyen, aksesori, kecantikan, gajet, cermin mata, buku, alat tulis dan banyak lagi!

Pembeli-belah juga dapat menikmati pelbagai hadiah menarik dengan membuat pembelian di Sunway Velocity Mall. Belanja sekurang-kurangnya RM300 (RM200 bagi ahli Sunway Pals atau pengguna aplikasi mudah alih Sunway Velocity Mall) dalam maksimum dua (2) resit dan tebus baucar tunai Food Street Food bernilai RM20. Bukan itu sahaja, pembeli-belah yang membelanjakan RM600 (RM500 bagi ahli Sunway Pals atau pengguna aplikasi mudah alih Sunway Velocity Mall) dalam maksimum empat (4) resit dapat menebus sebuah balang mesra alam yang eksklusif. Di samping itu, pembeli-belah juga dapat menikmati pelbagai ganjaran yang lain seperti baucar tunai kedai serbaneka atau F&B yang bernilai RM10 hingga RM20, termasuk hadiah istimewa ‘Blessed Christmas’.

Sebuah pokok Krismas unik bersaiz gergasi yang dipenuhi dengan mainan merupakan tumpuan utama di Main Atrium, begitu juga dengan lampu-lampu Krismas dan peti surat Santa yang disediakan untuk pembeli-belah yang ingin mengarang surat buat insan tercinta. Sang ‘elf’ yang dipercayai merupakan sumber pelindung dan makhluk cahaya akan membantu menghantar surat yang dikarang oleh para pembeli-belah kepada Santa. Jadi, pembeli-belah dapat menikmati keriangan musim perayaan kali ini dengan sepuas-puasnya di Main Atrium yang dihiasi dengan dekorasi Krismas yang cantik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Velocity Mall.

Sunway Putra Mall

Sempena musim perayaan tahun ini, mulai 26 November hingga 18 Disember 2020, Sunway Putra Mall akan mendirikan ‘Tree of Wishes’, sebagai pusat pemberian sumbangan yang terletak di Concierge, Ground Floor (Aras Bawah), ia membolehkan pembeli-belah menunaikan permintaan dan menyumbang hadiah bagi kanak-kanak kurang bernasib baik. Hadiah-hadiah tersebut akan disampaikan pada malam Hari Krismas kepada kanak-kanak Angel’s Children Home; iaitu rumah kebajikan anak yatim dan terabai yang terletak di Kuala Lumpur.

Mulai 26 November 2020 hingga 3 Januari 2021, hayati semangat perayaan Krismas dan nikmati pelbagai tawaran yang menarik oleh Toy World dan Niki Cains di Christmas Market yang dibuka di Ground Floor mulai 7 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021. Sepanjang musim perayaan ini, pembeli-belah boleh menebus baucar tunai yang bernilai RM50. Baucar berkenaan boleh ditebus menerusi perbelanjaan sekurang-kurangnya RM100 (RM80 bagi ahli Sunway Pals) dalam dua (2) resit atau Reindeer Mug berkapasiti 5oz yang boleh ditebus dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM200 (RM150 bagi ahli Sunway Pals) dalam dua (2) resit.

Main Concourse (Dataran Utama) Sunway Putra Mall akan didirikan dengan struktur kayu tradisional, serta diserikan dengan gubahan yang diilhamkan oleh tempat tinggal Santa di Kutub Utara. Rumah pondok kayu setinggi 28 kaki yang dikelilingi dengan pohon-pohon hijau dan digerimis elemen-elemen menyerupai salji juga dapat disaksikan oleh para pembeli-belah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Putra Mall.

Sunway Carnival Mall

Sunway Carnival Mall

Di Sunway Carnival Mall, saksikan keajaiban Krismas bersama Disney di Main Atrium mulai 7 Disember 2020, dan jangan lepaskan peluang untuk mengumpul ketiga-tiga kalendar eksklusif Disney! Raikan ‘Blessed Christmas’ dari 20 November 2020 hingga 3 Januari 2021 dengan mengamati pokok-pokok Krismas, dekor, lampu bergemerlapan, dan loceng yang menghiasi First Floor (Aras Pertama). 

Bersedia untuk merasai keajaiban sambutan Krismas dengan insan tersayang, dan jangan lupa untuk mengambil gambar bersama-sama! Anda juga dapat memperoleh hadiah rahsia daripada Santa dengan membelanjakan RM100 (RM50 bagi ahli Sunway Pals) dalam satu resit mulai 11 Disember. Dan tebus Baucar Tunai Parkson bernilai RM10 dengan membelanjakan RM250 (RM200 bagi ahli Sunway Pals) dalam dua resit mulai 1 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Carnival Mall.

Sunway Giza Mall

Sunway Giza Mall

Di Sunway Giza Mall, Krismas menjadi detik yang bermakna untuk para komuniti meluangkan waktu berkualiti bersama rakan taulan dan sanak saudara sambil membuahkan memori yang indah untuk menyimpulkan tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dekorasi Krismas yang menghiasi Centre Boulevard dari 26 November 2020 hingga 3 Januari 2021.

Mari kita raikan musim perayaan ini bersama-sama!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Giza Mall.

Sunway Big Box Retail Park & Sunway Citrine Hub
Dapatkan parkir percuma di kedua-dua pusat beli-belah Sunway Big Box dan Sunway Citrine Hub!

Dapatkan barangan keperluan untuk sambutan perayaan anda dan tebus ‘Snowman Mug’ edisi terhad dengan membelanjakan RM200 dalam maksimum 2 resit di Sunway Big Box Retail Park & Sunway Citrine Hub dari 27 November 2020 hingga 3 Januari 2021. Kumpul kesemua 4 cawan untuk melengkapkan siri keluaran produk Christmas Family Series!

Sunway Citrine Hub

Di samping itu, pembeli-belah juga dapat menyertai peraduan ‘Grab & Win’ untuk menebus pelbagai tawaran baucar tunai dengan membelanjakan RM100 dalam maksimum dua 2 resit di Sunway Big Box Retail Park & Sunway Citrine Hub dari 7 hingga 27 Disember 2020.

Saksikan pokok Krismas setinggi 7 meter serta kotak hadiah Krismas gergasi, dan ambil gambar bersama insan tersayang di susur laluan ‘Christmas Journey’ yang memanjang dari NSK hingga ke Box in Box!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Big Box Retail Park.

Kami bagi pihak Sunway Malls ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas & Selamat Tahun Baharu!

Sunway Malls berwawasan menjadi pemilik-operator pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dengan projek-projek semasa yang meliputi NLA berjumlah 7.7 juta kaki persegi, serta projek-projek yang bakal datang berjumlah NLA 10.2 juta kaki persegi.

Pusat-pusat beli-belah tersebut ialah:-

Sunway Pyramid, Sunway City, Kuala Lumpur

Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur

Sunway Big Box Retail Park, Sunway Iskandar, Johor

Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang

Sunway Citrine, Sunway Iskandar, Johor

Sunway Giza Mall, Kota Damansara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farah Nabilah Dedah Wajah Andre Omar, Selesai Buat Majlis Cukur Jambul Anak Sulung

Siri Viu Original KELUARGA BAHA DON Kini Kembali Dengan Musim Kedua!