in

Sungei Wang Plaza Kembali Anjur Masked Rider & Kamen Rider Double

[dropcap]A[/dropcap]lamilah kehebatan & kekuatan Masked Rider & Kamen Rider Double semasa Cuti-Sekolah ini! Sungei Wang Plaza kembali tahun ini dengan “Masked Rider & Kamen Rider Double” dari 23 Mei – 2 Jun 2013. 10 hari penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk mengisi dan memenuhi masa lapang kanak-kanak. Inilah masanya untuk seisi keluarga dan anak-anak untuk meluangkan masa bersama walaupun sibuk dengan kerja.

Masked Rider Decade & Kamen Rider Double

[pullquote align=”right”]Riang Ria Cuti Sekolah Di Sungei Wang Plaza Dari 23 Mei – 2 Jun 2012 Masked Rider Decade & Kamen Rider Double Sedia Beraksi Hebat Untuk Kanak- Kanak[/pullquote]

Mengikut KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Sungei Wang Plaza, wira-wira hebat Jepun seperti Power Rangers dan Ultraman adalah di antara tarikan orang ramai masa musim cuti sekolah semenjak beberapa tahun lepas. Sungei Wang Plaza amat bangga untuk dapat dua watak utama Masked Rider & Kamen Rider Double untuk menjadi karakter unggul pada tahun ini sebagai daya tarikan utama kanak-kanak. Dia bertambah lagi, “ Kanak-kanak dapat merealisasikan minat dan keinginan mereka sekarang kerana Masked Rider & Kamen Rider Double bukan saja terdapat di TV tetapi di realiti dan dapat bermain dengan mereka.

Lupakanlah kerja sekolah yang banyak ataupun kelas tuisyen yang sibuk mahupun peperiksaan sekolah yang menakutkan. Bersedialah untuk menikmati sepuluh hari yang menggegarkan kerana pelbagai aktiviti menarik telah disediakan.

35 kanak – kanak dari Rumah K.I.D.S Subang dan Rumah Shalom Puchong telah dijemput untuk menyaksikan Majlis Perasmian Masked Rider & Kamen Rider Double di Sungei Wang Plaza pada 23 Mei 2012. Mereka akan diberikan “goodie bags” serta peluang untuk mengambil gambar dengan Masked Rider & Kamen Rider Double. Juadah tengah-hari turut disediakan di McDonalds untuk mereka.

“Bukan semua kanak-kanak datang dari keluarga yang gembira terutamanya mereka yang didera dan ditinggalkan. Oleh itu, pihak kami telah menjemput mereka ke Sungei Wang Plaza untuk bergembira dan beriang-ria dengan keistimewaan sebagai kumpulan pertama untuk menyaksikan Masked Rider & Kamen Rider Double. Ini merupakan suatu detik istimewa dan gembira buat anak-anak ini. Tambahan pula, ini adalah antara tanggungjawab korporat sosial kami untuk membantu golongan yang memerlukan,” tambah KK.

Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan Masked Rider & Kamen Rider Double dalam aksi hebat mereka di samping mengambil peluang untuk menangkap gambar secara PERCUMA. Saksikanlah mereka pada 24 – 26 Mei & 31 May – 2 Jun 2013 pada pukul 1 tengahhari, 4 petang dan 7 petang di Pentas Concourse Sungei Wang Plaza.

Bukan itu saja, anda juga dapat membeli barangan koleksi Masked Rider seperti DX Decadriver, Final Form Ride Figures, DX Double Driver, DX Prism Bicker, Revol Garry Vehicle dan lain-lain lagi di Pesta Barangan Masked Rider yang berlangsung dari 23 Mei – 2 Jun 2013 (10 pagi – 10 malam).

Datanglah berami-ramai ke Sungei Wang Plaza pada musim Cuti Sekolah ini untuk menikmati kegembiraan dan kehebatan wira-wira hebat Masked Rider & Kamen Rider Double.

Masked Rider Decade & Kamen Rider Double-001

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Korea Ojakgyo Family di TV2

The 80s The Times of Our Lives di National Geographic Channel