in , ,

Suhaimi Saad Sakit Tenat & Ditidurkan di ICU, Ina Naim Mohon Doa Ramai

“Betul suami saya tak sihat, doakan ya.” – Ina Naim

Demikian penjelasan Ina Naim iaitu isteri kepada bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad mengenai keadaan suaminya yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.

Menurut ibu kepada empat anak itu, sebarang perkembangan akan dikongsikan memandang dia sedang sibuk menguruskan sesuatu.

“Nanti saya maklumkan,”

– Ina Naim
INA NAIM SUHAIMI SAAD

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd. Naim, juga tidak mengesahkan sama ada Suhaimi, 43, ditidurkan seperti dikongsikan rakan seperjuangan yang juga ketua kumpulan In-Team, Mohd. Syahril Abdul Khalid.

Mohd. Syahril yang melawat penyanyi itu pada Sabtu lalu menyatakan Suhaimi sedang ditidurkan.

Katanya, tahap kesihatan rakannya itu mula menurun sejak beberapa bulan lalu sehingga berat badannya menyusut.

Pada masa sama, dia juga kurang pasti penyakit yang dihidapi Suhaimi namun meminta orang ramai menitipkan doa agar kesihatannya kembali pulih.

Sejak semalam tular dalam laman sosial mengenai keadaan kesihatan penyanyi sensasi itu yang dikatakan sudah dibawa keluarga mentuanya pulang ke Johor bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan, penyanyi yang sudah berhijrah ke Kelantan itu menghidap penyakit kronik namun pemilik akaun yang menguar-uarkan khabar tersebut tidak mendedahkan butiran lanjut.

Suhaimi, 43, yang bersama In-Team selama lima tahun bermula pada 2000 itu pernah mengejutkan ramai apabila mengumumkan ingin bersara sebagai penyanyi nasyid selain enggan dipanggil ustaz.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NADA DANAU

Festival Nada Danau di Royal Belum Simbolik Penyatuan Seni & Alam 

HONOR

Honor X50i Plus Dilancarkan Bentuk Sama Dengan iPhone 15 Pro Max