in , ,

Suhaimi Saad Bukan Sakit Tibi Tapi Ada Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Isteri kepada bekas anggota In-Team, Nordiana Mohd Naim, 39, mewakili suaminya Mohd Suhaimi Saad, 43, mohon maaf sekiranya suaminya pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Nordiana atau Ina berkata, keadaan suaminya menunjukkan perubahan baik, tetapi masih lagi ditidurkan.

Katanya, Suhaimi dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Johor Bahru sejak lima hari lalu kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

“Setakat ini, doktor maklumkan suami alami jangkitan kuman pada paru-paru. Hasil ujian pertama, doktor mengesahkan Suhaimi bebas Tuberculosis (tibi).

“Untuk sahkan lagi, doktor sudah jalankan ujian kedua, tetapi kami masih menantikan keputusan.

“Buat masa ini, suami masih ditidurkan dan doktor maklumkan keadaannya kritikal, tetapi semalam oksigen berada pada tahap normal, cuma jantungnya masih lagi laju sekitar 130.

“Walaupun doktor mengatakan keadaannya kritikal, tapi saya yakin suami akan sembuh. Saya juga mohon doa orang ramai dapat bersama mendoakan Suhaimi,” kata Ina.

Menurut Ina, berat badan suaminya turun mendadak sebanyak 20 kilogram sejak sebulan lalu.

Pada mulanya, kata Ina, Suhaimi mengalami batuk beberapa bulan lalu yang disangkanya hanya batuk biasa.

“Kami ingatkan sebab makan buah banyak pada musim buah, baru-baru ini menyebabkan Suhaimi batuk. Namun, lama-kelamaan batuknya menjadi semakin teruk sehingga sesak nafas.

“Bulan lalu, batuknya beransur pulih, tapi mengalami cirit-birit pula. Suhaimi ada selera makan, tapi tak sanggup nak makan kerana setiap kali makan akan buang air besar. Sebab itulah badannya susut sehingga tinggal 43 kilogram.

“Kami sudah ikhtiar macam-macam sehinggalah Suhaimi sendiri minta dihantar ke hospital. Dia bukan tak percaya hospital, cuma itu adalah ikhtiar terakhirnya,” kata Ina.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EXISTS

Pertama Kali Rahsia Pohon Cemara Versi Berbeza Demi Exists X Orkestra

NABILA RAZALI PUTUS

Kali Ini Bukan Gimik, Nabila Razali Sah Bakal Tamatkan Zaman Bujang!