in ,

Sufian Suhaimi Tumpang Gembira

SSelepas kontroversi putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi tahun lalu, Elfira Loy memulakan tahun baharu 2019 menerusi berita pernikahan dengan Muhammad Faris Khairol Anuar, seorang pengurus besar sebuah syarikat telekomunikasi di ibu negara.

Penyanyi Sufian Suhaimi tumpang gembira menyaksikan bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy bernikah hari ini.

Elfira Loy telah memuat naik gambar Faris menyarungkan cincin dijarinya diatas sebuah pelamin dengan kapsyen bertulis, ‘Alhamdulillah’ itu menamatkan spekulasi tentang perkahwinan mereka yang dijangka berlangsung hari ini.

Menurut Sufian, dia senang hati melihat Elfira akhirnya menemui apa yang dicari selama ini.

“Rasanya tiada apa yang perlu dikatakan sebab saya dan dia telah lama meneruskan kehidupan masing-masing.”

“Bagaimanapun saya gembira untuknya dan berharap apa yang dirancang, akan berjalan lancar.”

– Sufian Suhami

Sufian dan Elfira bertunang pada Oktober 2017 dan mengambil keputusan untuk meleraikan ikatan tersebut empat bulan kemudian.

Pada pagi tadi, Elfira Loy kini sah menjadi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar dengan sekali lafaz. Pasangan ini dilaporkan telah diijabkabulkan pada pagi tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pump Up Your 2019 Fitness Resolution

Penutupan Landasan Terbang di Lapangan Antarabangsa Don Mueang Bangkok