in ,

Sufian Suhaimi Dedah Punca Lepaskan Tawaran Biasiswa Sambung PhD

Penyanyi Sufian Suhaimi menjelaskan dia terpaksa melepaskan tawaran menyambung pengajiannya di peringkat tertinggi iaitu doktor falsafah (PhD) kerana ingin memberi fokus kepada kerjaya seni terlebih dahulu.

Menurut satu portal hiburan online, Sufian mendedahkan ada beberapa universiti swasta dan awam menawarkannya biasiswa dan peluang menyambung pengajian di peringkat tersebut.

sufian-suhaimi

Mengaku berat hati untuk menolak tawaran itu namun apa yang lebih membimbangkan seandainya dia tidak dapat membahagikan masa dengan baik. Justeru buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada karier nyanyian.

Alhamdulillah ada beberapa universiti menawarkan saya untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat PhD walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian di peringat Ijazah Sarjana.

Penyanyi yang kini popular dengan single terbaharu, Di Matamu turut menganggap perkara berkenaan sebagai rezeki kerana bukan mudah untuk mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat tersebut.

Bekas tunang Elfira Loy ini baru menyelesaikan Ijazah Sarjananya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, pada Februari lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Radja Malaikat Cinta Bakal Berlangsung 5 Mei Ini

JANGAN GANGGU PAK SU Papar Kisah OKU Cuba Berdikari