in , ,

Sufian Suhaimi Nafi Bercinta Dengan Arianna, Instafamous Usia 16 Tahun

Penyanyi Sufian Suhaimi menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan selebriti media sosial, Arianna Natasha Abd Zambree, 16, seperti mana didakwa netizen.

Kisah perhubungan mereka menjadi tular kerana kehadiran Sufian di majlis sambutan hari lahir Arianna diperkatakan warganet baru-baru ini.

Sufian Natasha

“Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana wanita termasuk Arianna. Saya mengenalinya sebab dia berkawan dengan kawan baik saya.

Secara kebetulan pula lokasi majlis hari lahirnya diadakan berdekatan dengan rumah saya. Itu yang saya pergi memeriahkan majlis.

“Buat masa sekarang, saya nak fokus pada kerjaya, bab-bab cinta saya masih belum bersedia.

Bukannya saya tidak ‘move on’ dengan kisah cinta lalu sebaliknya rasa tidak yakin untuk kembali bercinta,”

– Sufian Suhaimi

Sufian ditemui pada majlis pelancaran lagu runut bunyi (OST) filem Motif berjudul Takkan Merubah yang berlangsung di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur hari ini.

Lagu ciptaan Amylea Azizan dan Farouk Roman itu merupakan dendangan duet buat kali pertama antara Sufian dengan Amira Othman.

Sebelum dikaitkan dengan Arianna, pelantun lagu Di Matamu turut dikatakan bercinta dengan pelakon dan pengacara Jasmine Suraya Chin.

Dakwaan itu timbul selepas Sufian menghadiri majlis penghargaan buat peminat Jasmine, malah dia turut sama mendendangkan lagu pada majlis tersebut.

“Saya tiada hubungan istimewa dengan Jasmine dan kami sekadar rakan artis. Saya diundang pada majlis itu oleh syarikat pengurusan Jasmine memandangkan dia minat dengan lagu Di Matamu.

“Saya terharu bila dapat tahu Jasmine minat lagu itu dan saya rasa ini masanya untuk saya beri balik kepada peminat saya,”

– Sufian Suhaimi

Ujarnya, dia mengharapkan kenyataannya ini akan dapat menjernihkan kekeliruan ramai mengenai hubungannya dengan Arianna dan Jasmine.

Menurut Sufian, dia berharap selepas ini orang ramai dapat memberikan fokus terhadap kerjaya seninya daripada memberikan perhatian terhadap gosip-gosip tidak berasas yang sering kali dikaitkan dengan dirinya. 

Sumber: KopiPlanet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Francais KL GANGSTER UNDERWORLD Kembali Dengan Filem Terbaru RISE TO POWER

Kuala Terengganu Buka Tirai Musim Ke-3 Toyota Gazoo Racing Festival & Vios Challenge