in , ,

Sudirman Menjelma di Dewan Filharmonik Petronas Melalui Teknologi Hologram

Penghibur No 1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad telah ‘menjelma’ di pentas gah Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada konsert ‘konsert A Tribute to Sudirman untuk bintang legenda melalui teknologi hologram.

“Sebenarnya, idea menampilkan Sudirman menggunakan teknologi hologram adalah salah satu elemen kelainan ingin kami tampilkan sempena meraikan ulang tahun ke-25 DFP.
“Teknologi ini juga bukanlah baru, sudah digunakan dengan meluas di luar negara. Tetapi untuk DFP, ini adalah pertama kali kita perkenalkan. Untuk meraikan jubli perak, kami fikir apa lagi kelainan boleh dibawakan.
“Akhirnya kami memilih teknologi hologram supaya peminat Sudirman dari kalangan generasi muda khususnya dapat menonton sendiri ‘persembahan’ Allahyarham menerusi teknologi replikasi yang akan kami bawakan,”

Penghibur terkemuka negara Sudirman Haji Arshad meningkahi dunia lebih 31 tahun yang lalu. Ini membuatkan generasi muda tidak pernah melihat beliau melakukan persembahan secara langsung. Bagi peminat Sudirman, hologram beliau melakukan persembahan di Dewan Filharmonik PETRONAS sempena konsert A Tribute to Sudirman.

“Elemen persembahan dan teknologi hologram tersebut mampu menarik peminat untuk hadir ke konsert tersebut apatah lagi, teknologi yang bakal digunakan cukup canggih kerana kami tidak akan menggunakan video persembahannya yang lama.
“Mereka akan menjana imej baru berdasarkan kajian terhadap video-video lama Allahyarham dan bakal dipancarkan di pentas itu nanti.

Konsert ini diadakan bagi memperingati beliau dan juga sempena Hari Malaysia serta ulang tahun Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang ke-25 tahun ini. 

Sebelum ini hologram 2Pac Shakur dan Ronnie James Dio turut melakukan persembahan selepas meninggal dunia.

“Teknologi yang bakal digunakan cukup canggih kerana kami tidak akan papar video persembahan arwah yang lama.
“Sebaliknya, kami jana imej baharu dan pancarkan di pentas. Beberapa lagu bakal dipersembahkan di mana hanya diketahui pada malam itu.
“Secara total, persembahan malam itu dijangka berlangsung selama 90 minit dengan lebih 20 lagu didendangkan,” 

Teaser yang dikongsi jelas menunjukkan manusia sebenar bukan grafik hologram. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YouTube Umum Produk AI Generatif Baharu Untuk Era Konten Kreatif 

Pengarah BALLERINA Berkongsi Spin-Off John Wick dengan Ana de Armas