in

Review + Discount Code: Sebab Korang Patut Beli SUDIO Nivå

Pejam celik pejam celik, tak sampai seminggu lagi kita semua akan sambut hari raya. Cepat betul Ramadan berlalu dan Syawal bakal menjelma tak lama lagi kan? Walaupun bulan puasa, Budiey tak lupa nak bersenam waktu petang. Itu dah wajib. Nnati badan lemau dan berat badan cepat naik lepas puasa nanti. Puasa tu puasa jugak tapi jangan lupa pulak nek keluarkan peluh, okay.

Biasanya kalau jogging tu, Budiey akan dengar muzik dan sekarang ni dah ada banyak produk earphone yang sesuai untuk korang yang suka bersenam. Dulu ada wayar, kemudian kita dapat guna bluetooth dan sekarang dah makin maju di mana kita hanya perlu klip dan letakkan earphone tu dalam telinga. So, dia tak panggil lagi earphone, ianya ditukar dengan nama yang lebih catchy iaitu earbuds.

Oh ya, walaupun aliran industri muzik tak menentu, masih ramai penyanyi yang melancarkan lagu raya pada tahun ni. Sambil bersenam tu, semangat nak raya berkobar-kobar gak apabila layan lagu-lagu raya ni. Terutama lagu raya Syawal Kali Ini dari Fattah Amin tu. Memang ruh jiwa nak raya tu mudah dah meresap dalam jiwa kan. Gitu!

Sebab itulah Budiey dah beralih dengan SUDIO Nivå selepas melihat rebiu yang dibuat oleh selebriti Donna Muslim. Memang terasa sangat nak dengar macamana gempaknya bunyi dari earphone SUDIO yang diperkatakan ramai ni.

Sudio Nivå

Sekarang ni lebih senang apabila Budiey dah guna wireless earphones SUDIO Nivå dari jenama SUDIO dari Sweden ni. Korang boleh follow IG: @sudiosweden. Ia didatangkan sekali dengan charger USB yang berbentuk bulat seperti bedak compact. Budiey pilih warna putih sebab ia nampak sangat clean dan sangat menawan! Selain warna putih, ada warna hitam yang sangat elegan untuk korang yang suka gaya yang ohsem.

Sudio Nivå

Sebaik sahaja sampai di tangan, Budiey terus cuba untuk guna sebab nak tahu best ke tidak produk ni. Mulanya kekok jugak sebab takde wayar dan takut juga ianya tertanggal dari telinga. Nasib baik dengan teknologi rekaan bentuk SUDIO Nivå yang ohsem ni membuatkan ianya sangat ketat, padat dan kita dengar muzik tanpa gangguan daripada persekitaran sekeliling kita.

Jadi, ia sesuai untuk korang yang sangat rimas dengan wayar yang berbelit-belit kat leher tu kan. Sesuai untuk bawak ke gym untuk workout, jogging, buat kardio dan pendek kata ia sesuailah dengan gaya hiduo korang. Yang penting, ia ada fungsi yang buat korang lagi selesa iaitu kalis peluh (sweatproof). Lagi pun ada setahun warranty, kalau rosak ke apa, boleh report untuk dibaiki.

Sempena raya yang akan tiba tak lagi ni, apa kata korang beli sepasang. Haaa, boleh dengar lagu raya 24 jam kat telinga tanpa was-was. Dari segi mutu bunyinya, Budiey sangat puas hati sebab bass dia jelas, dan memang ohsemlah nak dengar dan layan lagu genre apa sekalipun.

Harganya berpatutan dan berbaloi dengan mutu dan kualiti bunyi cukup berkualiti. Tambah lagi, ia sangat ringan. Jadi senang nak bawa ke mana sahaja. Apabila lekat je kat telinga ia tak mudah tercabut. Senang nak workout la kan, lagi pun dia kalis air atau kalis peluh. Sekali caj baterinya boleh tahan lama gak… Budiey suka SUDIO Nivå ni sebab tak payah serabut dengan kabel.

Sudio Nivå

Kepada korang yang suka wireless earphones SUDIO Nivå dan berhajat nak beli, korang diberi 15% dengan menggunakan code ‘BUDIEY2018’ semasa buat pembelian di http://www.sudiosweden.com/my.

SUDIO Sweden is having a special 2018 Hari Raya promotion now and you’ll receive FREE Gift Box, FREE Sudio Eco-friendly Tote Bag and FREE Delivery to Malaysia (1 hingga 17 June sahaja!).

Yes, yang paling penting penghantaran percuma untuk seluruh Malaysia.  Follow IG @sudiosweden untuk info lanjut!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viu Umumkan Original Series Indonesia Terbaru SUNSHINE

AirAsia Tawar Tambang Tetap Rendah Penerbangan Lewat Malam Balik Raya