Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Suara Ajieb Dalam Iklan Kyochon

Budiey kira dah lama tak dengar berita tentang bekas wartawan Murai, Ajieb yang kini berada di Korea dalam usahanya menjadi artis K-Pop. Dalam menanti masa untuk bergelar bintang K-Pop, Ajieb Rosdi yang hampir menamatkan pengajian di Mnet Academy bukan saja mampu mencuri perhatian media Korea Selatan untuk diwawancara. Sebaliknya, penyampai hujung minggu THR Gegar ini telah memikat jenama Ayam Goreng nombor satu di Korea Selatan iaitu Kyochon untuk menggunakan suaranya dalam iklan TV produk tersebut.

[dropcap]A[/dropcap]pa yang pasti, Kyochon yang menyunting bintang K-Pop Super Junior dan Ailee sebagai duta produk bakal menyiarkan suara Ajieb bagi iklan Kyochon untuk pasaran Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Difahamkan, Ajieb terpaksa bersaing dengan bakat dari Indonesia sebelum dipilih untuk iklan ini. Ajieb merupakan seorang saja bakat dari Malaysia yang dipanggil untuk diujibakat.

Apapun, agensi yang mengendalikan iklan tersebut telah memaklumkan pihak Kyochon berminat dengan suara Ajieb yang disifatkan lebih komersil tanpa melihat pengalaman Ajieb sebagai penyampai radio dan pengacara TV di Malaysia.

Selain iklan berkenaan, sebuah syarikat perfileman Korea yang akan menerbitkan filem baru berminat untuk mengambil Ajieb berlakon dalam filem berkenaan. Namun, keputusan masih belum diputuskan lagi kerana kini profil uji bakat Ajieb sedang diteliti dan disemak oleh pengarah filem tersebut.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version