in ,

Suami Nia Ramadhani Cedera Ketika Cuba Lari Dari Pusat Pemulihan – Ini Jawab Peguam

Semua sedia maklum mengenai pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya iaitu Ardi Bakrie yang kini sedang menjalani proses rehabilitasi sejak 11 Julai lalu di pusat pemulihan dadah di Bogor selepas terbabit penyalahgunaan dadah. 

Namun baru-baru ini, suami Nia dilaporkan mengalami kecederaan semasa melarikan diri dari pusat pemulihan dadah pada Sabtu lalu. 

Menjawab dakwaan tersebut, peguam mereka iaitu Wa Ode Nur Zainab mengakui Ardi cedera ringan namun bukan disebabkan mahu lari daripada pusat rehabilitasi itu. 

Sementara itu, Wa Ode memberitahu pasangan ini berada dalam keadaan baik di pusat pemulihan tersebut. 

“Pak Ardi jatuh semasa latihan kick boxing… ketika kejadian dia ditemani pakar terapinya. Dia selalu bersenam. Semasa kejadian selepas solat Asar, dia berlatih kick boxing dan cedera. 

“Alhamdulillah, dia sudah mendapatkan rawatan di hospital. Mohon doakan dia cepat sembuh!” katanya menerusi laporan Tabloid Bintang. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vicha Saywho | 23

“Takut Tak Sempat Kumpul Bekalan Akhirat” – Vicha Mahu Belajar Mengaji Al-Quran

Blog Featured | 24

Achey Bersyukur Ibu Makin Kuat, Stabil