in ,

Baru Setahun Kahwin, Suami Luah Rasa Kecewa & Terluka, Ini Penjelasan Nadia Brian

Perkongsian suami kepada pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar serta kapsyen berbaur kekecewaan.

DESAS desus mengenai masalah rumah tangga pelakon, Nadia Brian meraih perhatian warganet apabila suaminya, Muizz Nasruddin memuat naik gambar serta kapsyen berbaur kekecewaan.  Dalam muat naik itu, Muizz berkata tiada apa yang lebih menyakitkan daripada dikhianati, dikecewakan dan dihina oleh orang tersayang. 

Nadia Brian

“Satu hakikat, saya berikan hati dan jiwa. Saya sudah berikan yang terbaik, namun, ia tak mencukupi buat awak. 

“Tiada apa yang lebih menyakitkan daripada dikhianati, dikecewakan dan dihina orang yang kita fikir, takkan melukakan kita,”

– Muizz Nasruddin
Nadia Brian

Suami Nadia Brian Nekad Muat Naik Gambar & Kapsyen Patah Hati

Tambahnya, dia juga yakin bahawa Allah punya perancangan yang lebih baik buat dirinya. 

Pada masa yang sama Muizz turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta rakan-rakan yang sering memberikan sokongan moral kepadanya.

“Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas sokongan moral. Saya percaya, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. 

“Insya-Allah, keadilan akan terbukti,” tulisnya mengiringi gambar rona hitam putih yang diambil semasa majlis perkahwinannya. 

– Muizz Nasruddin

Muizz juga turut menanda (tag) nama Nadia digambar itu.

Nadia Brian

Lebih menarik, kapsyen Muizz tersebut turut disertakan dengan tiga tanda pagar iaitu #FromParistoKuantan #EiffleforCherating dan #ANvsNB. Ramai yang mengetahui Muizz melamar Nadia ketika mereka bercuti di Paris.

Namun tanda pagar #ANvsNB sedikit menimbulkan tanda tanya kerana semua sedia maklum NB adalah untuk Nadia Brian tetapi siapakah AN?

Terdahulu, pada Ogos lalu, Harian Metro melaporkan Nadia menafikan dakwaan rumahtangga yang dibina bersama suami sedang bermasalah.

Ia susulan tindakan pelakon itu yang tidak memuat naik gambar bersama suami selepas kali terakhir pada Aidilfitri lalu.

“Saya ada saja kongsi gambar bersama, tapi soal peribadi saya memang tak suka kongsi di media sosial. Apa yang penting dikongsikan ialah mengenai kerja. Tak semestinya tidak memuat naik gambar bersama tak bahagia dan tak gembira.

“Memanglah orang tanya, tapi sekarang fokus saya pada ibu dan nenek saya yang tak sihat. Saya tak nak fikir mengenai orang lain. Sekarang ini untuk keluarga dan diri sendiri saja.

“Dengan suami okay saja. Saya tak nak ulas banyak mengenai dirinya. Dia pun perlukan privasi sebab dia bukan orang industri hiburan. Mungkin dia tak biasa. Dia okay dan sentiasa menyokong saya. Saya doa yang baik-baik saja dan harap doa yang baik-baik untuk kebaikan semua orang,”

– Nadia Brian

Menerusi temubual ketika itu, Nadia yang juga pelakon filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda turut menangis ketika bercakap mengenai rumah tangga.

“Sedih sebab perkahwinan ini kita nak bahagia dan sampai bila-bila. Mungkin ada macam dugaan Allah SWT hantar dan macam mana kita kawal.

Apa-apa pun saya berserah kepada hati dan niat dan mencari kebahagiaan.

“Biasalah awal perkahwinan akan ada pasang surut. Apa yang penting saya tak buat masalah dalam kerja dan buat masalah dengan sesiapa pun. Saya hanya dengan diri sendiri dan fokus kerja,”

– Nadia Brian

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Nadia bagaimanapun gagal. Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November 2018.

“Ini ujian saya,” – Nadia Brian

PELAKON, Nadia Brian memohon semua pihak supaya bertenang dan mendoakan kesejahteraan rumah tangganya. 

Nadia ketika dihubungi bagi menjawab teka teki mengenai konflik rumah tangganya selepas suaminya, Muizz Nasruddin memuat naik gambar berserta kapsyen di Instagram, yang memberi gambaran mengenai pergolakan antara mereka. 

Nadia Brian

“Saya harap semua pihak dapat bertenang dan doakan yang terbaik untuk rumah tangga kami. Mungkin dengan berkongsi di media sosial, dia dapat luahkan isi hatinya,”

– Nadia Brian

Katanya lagi, dia menganggap apa yang berlaku ketika ini sebagai ujian bukan saja buat dirinya, tetapi juga rumah tangganya. 

“Saya anggap ini ujian untuk diri saya sebagai manusia dan sebagai isteri dalam rumah tangga saya,”

– Nadia Brian

Nadia yang juga bintang filem Ratu Kala Jengking itu tidak menafikan ada pasang surut dalam rumah tangganya. 

“Dalam kehidupan berumah tangga, tentunya ada pasang surut dan naik turunnya. Saya pun manusia biasa dan tidak sempurna. 

“Namun begitu, tidak ada apa-apa yang memudaratkan dan saya harap, warganet di luar sana dapat berhenti membuat sebarang spekulasi,”

– Nadia Brian

Nadia juga berharap agar kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya akan dapat diselesaikan. 

“Kadang-kadang, sebagai suami isteri mestilah akan ada perselisihan faham. Tapi, semua masalah ada penyelesaiannya,”

– Nadia Brian

Terbaru, Nadia baru saja selesai menjalani penggambaran untuk beberapa program TV antaranya The Sherry Show dan Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom. 

Nadia Brian

Sebelum ini, pelakon filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda menjelaskan maksud hashtag ‘IndependentWomen’ yang diletakkan di entri Instagram (IG).

“Hashtag ‘IndependentWomen’ itu diri saya. Kita kena kuat walau apa yang terjadi. 

“Kehidupan tetap kena diteruskan. Pandang ke depan. Cari kebahagiaan,”

– Nadia Brian

Nadia dan Muizz berkahwin pada 9 November tahun lalu selepas dua tahun berkenalan.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Affizy Khairy Harap Single TIADA APA Beri Kesedaran Kepada Pendengar

Gambar Hiasan

Khuatir Dengan Virus COVID19. Seorang Pengundi Memakai Kostum Power Rangers