in

Sekitar Pelancaran Café-boutique Style Annexe X Coffee Bay di Publika

Konsep butik fesyen yang di dalamnya terdapat kafe pastinya sesuatu yang masih lagi asing di negara ini.

Namun kemunculan Style Annexe X Coffee Bay yang dilancarkan buat julung kalinya hari ini, adalah satu lagi tarikan terkini bagi mereka yang berkunjung ke pusat beli-belah Publika Shopping Gallery.

Diilhamkan oleh pasangan suami isteri, Joanna Renisa, 32 dan Azri Jamaludin, 32, premis penuh gaya ini menyenaraikan deretan koleksi fesyen ready-to-wear daripada lebih 20 jenama tanah air.

Style Annexe

Café-boutique Pertama Untuk Seisi Keluarga

Bukan itu saja, sesuai dengan konsep kafe yang diterapkan di dalamnya Style Annexe X Coffee Bay turut menyediakan menu istimewa bercitarasa tempatan khusus buat setiap pengunjungnya.

Malah apa yang menjadikan lokasi ini lebih tersendiri kerana ia turut menyediakan pelbagai jenama kosmetik, perkakas perhiasan rumah, beg, aksesori dan bermacam lagi produk gaya hidup daripada jenama tempatan.

Bermaksud pengunjung yang datang ke sini, bukan sahaja berpeluang membeli-belah, malahan juga dapat menjamu selera, beristirehat atau sekadar mencuci mata.

Ini juga bermaksud, Style Annexe X Coffee Bay diilhamkan untuk pelbagai peringkat usia, tidak kira golongan surirumah, kanak-kanak, wanita bekerjaya mahupun sang jejaka segak bergaya.

Pengasasnya, Joanna Renisa berkata, objektif utama kemuculan Style Annexe X Coffee Bay adalah bagi memberi peluang kepada pereka fesyen, usahawan, pengamal kreatif untuk menempatkan produk mereka sebagai hasil jualan yang bukan sahaja dihargai malah menguntungkan.

“Setiap jenama yang ingin memasuki gedung ini akan dikawal selia oleh saya. Sebanyak 3 peringkat penilaian perelu dilalui oleh para pengusaha tempatan sebelum diletakkan di sini.

“Selain daripada itu, pihak kami juga menitik beratkan kawalan harga, keunggulan kualiti produk, jahitan dan pelbagai kriteria lain termasuk menyediakan khidmat nasihat kepada para vendor yang mahu menyertai kami,” katanya.

Setiap produk yang ada di sini dijual pada harga paling berpatutan tidak melebihi RM1,000.

Antara jenama fesyen tempatan yang boleh didapati di sini antaranya Noh Batik, SxS, Amy Search General Products, Maci Haflin, Tsar, Fireworks, Design East, Haizi dan banyak lagi.

Majlis pelancaran pembukaan Style Annexe X Coffee Bay telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Dr Sri Tony Fernandes dan tidak ketinggalan Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Turut menyerikan acara ialah dengan kehadiran para selebriti popular seperti Noryn Aziz, Arja Lee, Hanna Tan, Amy Search, Ayda Jebat, Yasmin Hani dan tidak ketinggalan bintang sosial media tempatan.

Sementara itu Azri Jamaludin berkata, kehadiran ruang kafe di dalam premis berkenaan memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menikmati juadah ringkas menyelerakan atau secangkir kopi hangat pembuka aroma.

“Ianya merupkan konsep café-boutique pertama di pusat beli-belah Publika, di mana ianya direka khas di dalam butik ini.

“Tetamu bukan sahaja boleh menikmati apa saja tarikan yang ada dalam café-boutique ini, sama makan di sini mahupun untuk di bawa pulang.

“Malah reka bentuknya yang cantik lagi luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian boleh dijadikan tempat penganjuran sesebuah acara, mesyuarat, perjumpaan, sesi fotografi atau banyak lagi.” Kata Azri Jamaludin.

Style Annexe

Style Annexe

Info Style Annexe X Coffee Bay

Alamat: Style Annexe & Coffee Bay
Lot 17, 18 & 19, Publika Shopping Gallery,
1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas,
50480 Kuala Lumpur
Keluasan: 2,000 kaki persegi
No Telefon: Line Utama 019 – 4852104 | Pertanyaan Vendor 011-17500554
Email: [email protected]
Waktu Operasi: 10 am – 10 pm

Style Annexe

Sasaran pasaran pembeli:
A) Jantina: – Seisi keluarga, lelaki, perempuan dan kanak-kanak
B) Usia: 25 – 60 tahun
C) Pekerjaan: Surirumah – mereka yang bekerja.
D) Lokasi: Kuala Lumpur, Brunei dan Singapura.

Jenama fesyen:

1. Noh Batik
2. SxS
3. Amy Search General Products
4. Maci Haflin
5. Tsar
6. Fireworks
7. Design East
8. Haizi
9. Batik Dia
10. Bows N Tulles
11. Rumi
12. Hashtag
13. QasaQraf
14. Nora Shukry
15. Sora KL
16. S Cube Co
17. TuhFah
18. Summer Shop
19. Love Light Lemon
20. MOTD Inc
21. Soulmatte Cosmetics
22. QM Beauty
23. Corak Carek
24. Norriday
25. Style Annexe (House Brand)

Style Annexe

Coffee Bay’s Heritage Series Menu

1. Kluang Nasj Lemak by Rail Canteen (RM8)
2. Tok Ti’s Roti Naik by Asli Café (RM4 for 2)
3. Mak Jah’s Kuih by Mak Jah’s Corner (RM5 per set)
Seri Muka, Ketayap, Bingka Ubi, Onde Onde
4. Heritage High Tea Set (RM35)
2 x selection of Premium Natural Tea, 2 sets x Roti Naik and 4 sets of each Mak Jah’s kuih

Coffee Bay Food Menu

1. Grilled Cheese Sandwich & Tomato Soup with Basil Pesto (RM 17)
2. Basil Chicken Baguette (RM15)
3. Turkey Ham, Tomato & Cheese Baguette (RM15)
4. Spicy Roast Pepper &Cheese Sandwich (RM15)
5. Tuna Mayo Baguette (RM12)
6. Granola Bowl (RM15)
7. House Salad (rm15)

Style Annexe

Style Annexe

Biodata Pengasas Style Annexe X Coffee Bay:

– Johanna Renisa Mohd Sani, 32
Universiti Upper Iowa (Bachelors in Science, majoring in communications and minored in Psychology)
– Azri Ahmad Tan Sri Jamaludin,32
Universiti Melbourne , Australia (Bachelors in Property & Construction)

Style Annexe

Style Annexe

Style Annexe

Style Annexe

Style Annexe

Style Annexe

Style Annexe

Style Annexe

Style Annexe

Style Annexe

Untuk informasi lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ayie Ali
Mr. Stailista
Public Relations & Branding
E-mail: [email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Shuk & Nabila Razali dalam Bintang Bersama Bintang Trending di Youtube

Yang Happening di Hari Pertama Toyota GAZOO Racing Festival di Johor Bahru