in ,

The Story Of Baba Nyonya Sempena Tahun Baru Cina

Kebanyakan adat tradisi yang masih dipraktis menjelang Tahun Baharu Cina diamalkan Baba Nyonya tidak diketahui oleh masyarakat umum terkini. Ianya merupakan adat tradisi memang harus diwarisi supaya ia tidak ditelan zaman.

[pullquote align=”right”]Menariknya walaupun lagu cina Gong Xi Gong Xi tidak kedengaran di rumah Peranakan semasa perayaan Tahun Baharu Cina, namun ianya juga disambut meriah oleh komuniti itu.[/pullquote]

Kelainan ditonjolkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan menyiarkan program majalah bertajuk “The Story Of Baba Nyonya : Sambutan Tahun Baharu” yang memberi fokus terhadap komuniti ini.

Disiarkan dalam empat episod mulai 27 dan 28 Januari; pukul 10.00 pagi dan 29 Januari; pukul 10.00 dan 10.30 pagi, rancangan ini membawa penonton lebih mengenali dan menghayati citrawarna budaya dan tradisi yang unik ini masih diamalkan di Malaysia. Ia juga akan mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kaum-kaum di Malaysia. Keunikan dan kepelbagaian tradisi ini juga akan menjadi tumpuan pengunjung asing untuk mengemukakan kewujudan komuniti Baba Nyonya atau Peranakan di dunia bermulanya di Malaysia.

Penyediaan pakaian baru juga merupakan perkara penting dalam persiapan Tahun Baharu dalam komuniti Baba Nyonya. Pakaian Nyonya sama dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu baju kebaya (baju panjang dan batik sarung dan kerongsang.

Cuma kelainan mungkin dari segi pemakaian kasut manek, alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dengan jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahitkan atas kain terpal. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.

Rancangan khas ini dikendalikan dalam Bahasa Mandarin oleh pengacara yang berpengalaman dan bertumpu kepada persiapan Tahun Baru Cina komuniti Baba Nyonya merangkumi bahagian penggambaran luaran “outdoor shooting”, lakonan semula dan temu ramah dengan tetamu jemputan.

Secara keseluruhan, rancangan ini akan diselitkan dengan amalan dan pantang larang yang terdapat dalam setiap topik segmen, pantun yang bersesuaian. Antara topik diketengahkan tentang sejarah ringkas Peranakan di Malaysia, proses sambutan Tang Chek dan persiapan Tahun Baharu Cina, persiapan rumah dan keluarga juga temu ramah dengan cucu kepada Tun Tan Cheng Lock dan sifu Feng Shui mengenai Fortune 2014.

Ketahui tentang budaya dan sambutan Tahun Baharu Cina di kalangan komuniti Baba Nyonya ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Lancar Penerbangan Dari Kuching Kota Bharu

Lagi Riuh Macam-Macam Aznil Musim Baru