in ,

Media Prima Bakal Umum Stesen Radio Terbaharu Petang Ini

Pada jam 2 petang ini, Rangkaian Radio Media Prima akan mengadakan Majlis Pelancaran dan Sidang Media Stesen Baharu yang hangat diperkatakan sebelum ini. Ramai yang buat spekulasi tentang nama radio ini dan juga konsep yang bakal diketengahkan. Sama-sama kita tunggu ya pengumuman rasmi.

Stesen Radio Terbaharu

Budiey akan hadir di acara ini dan akan buat liputan secara langsung menerusi Instagram dan Periscope. Jangan lupa tonton temubual eksklusif Budiey bersama selebriti di sana yang akan diupload di Youtube Channel Budiey.com nanti ya.

Majlis ini akan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Seelan Paul dan barisan baharu penyampai radio Hot FM dan stesen baharu kami.

Antara artis yang bakal menyerikan majlis adalah Bunkface, Misha Omar dan Datuk Jamal Abdillah.

Pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik akan dihadiahkan kepada para tetamu dan media antara lain Pakej melancong ke Melbourne, Pakej Menonton Konsert Richard Marx di Jakarta, Baucer H&M Rm1500, Iphone 6, Samsung Note 5 dan barangan elektrik Panasonic.

Wah, nampak meriah je kan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Bella RaikanHari Wanita Sedunia Mac ini

Stesen Radio KOOL FM Temanmu Muzikmu Dilancarkan