in

Stesen Berikutnya Rai 50 Tahun Orkestra RTM

STESEN BERIKUTNYA… RAI GEMILANG 50 TAHUN ORKESTRA RTM

Suntikan kelainan ditampilkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila mengangkat idea meletakkan kolaborasi pemuzik Orkestra RTM bergabung dengan artis dalam sebuah persembahan. Menariknya persembahan lagu disampaikan secara santai dalam tren pengangkutan awam sambil disaksikan penumpang lain.

Idea segar yang dicetuskan Bahagian Perhubungan Raya RTM dan Rentak 50 RTM selaku penerbit program ini yang menjalani penggambaran sekitar November lalu mengetengahkan konsep dimana 4-5 orang pemuzik memainkan 2 hingga 3 lagu sebelum berganjak ke destinasi seterusnya. Seorang penyanyi akan muncul menyertai pemuzik menyanyi secara spontan.

stesen berikutnya pic4

Ernie

Program yang mendapat kerjasama Rapid KL ini diadakan sekaligus bagi menyemarakkan Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM yang baru-baru ini berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records sebagai Kumpulan Orkestra Tempatan Paling Lama Ditubuhkan Di Negara Ini.

Diberikan tajuk Stesen Berikutnya…, program yang bakal disiarkan mulai 13 Februari 2011, setiap Ahad, jam 12.00 tengahari menerusi Saluran Muzik Aktif 180 memulakan edisi pertamanya pada 13 Februari 2011 dengan mengetengahkan penyanyi kecil molek, Ernie yang dicungkil bakatnya menerusi program Bintang RTM.

Seterusnya menyusul artis-artis terkenal tanah air yang lain termasuklah Shila OiAM (20 Februari 2011) dan Tomok (27 Februari 2011), Aliff Satar (06 Mac 2011), Azlan & The Typewriter (13 Mac 2011), Siti Sarah Raisuddin (20 Mac 2011), Ana Raffali (27 Mac 2011) dan Gerhana Ska Cinta (03 April 2011) yang bakal menghiburkan dengan lagu popular masing-masing.

Secara santai dan bersahaja, program ini dilihat mampu mendekatkan RTM dengan masyarakat di samping mempromosikan 50 Tahun Orkestra RTM kepada semua. Malah ia sekaligus bakal menarik minat golongan belia terlibat dalam bidang muzik orkestra.

Menyumbang kepada menggalakkan acara melibatkan kelompok 1Malaysia, Stesen Berikutnya… turut dilihat mampu menggalakkan dan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat pada masa yang sama.

Luangkan masa lima belas minit anda berkongsi program menghiburkan ini lima episod berturut-turut mulai 13 Februari 2011, setiap Ahad, jam 12.00 tengahari hanya di Saluran Muzik Aktif 180.

stesen berikutnya pic6

stesen berikutnya pic3

stesen berikutnya pic2

STESEN BERIKUTNYA pic

stesen berikutnya pic5

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AirAsia X Celebrates 1st Flight to Paris

Sinopsis & Trailer Filem Kembar Siang