in

Stacy & Akim Akan Jayakan Konsert Walls Cornetto

Artis Popular Malaysia Lafazkannya dengan stail Cornetto di pentas!

Kuala Lumpur, 10 May 2011 – Wall’s Cornetto akan mempersembahkan tujuh selebriti peminat Wall’s Cornetto yang menjadi pujaan ramai untuk menghangatkan malam Konsert ‘Lafazkannya dengan stail Cornetto’. Konsert yang bakal diketengahkan pada Jun ini berhasrat menyatukan dan menghiburkan peminat dari segenap lapisan masyarakat untuk menghayati semangat mengekspresi diri.

Berucap di majlis pelancarannya di The Milk, Bangsar, Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Hugo Verkuil, berkata, “Wall’s Cornetto terus memperkenalkan cara baru untuk membolehkan orang ramai memperlihatkan personaliti dan mengekspresi perasaan mereka. Dengan Konsert, Lafazkannya dengan stail Cornetto, kami ingin menghidupkan semangat Cornetto menerusi pertunjukan muzik ‘live’, yang dikongsi bersama antara artis terkenal dan peminat aiskrim di seluruh negara.

Stacy & Akim

“Kami mahu menjadikan konsert ini satu acara yang benar-benar istimewa, untuk menggalakkan orang ramai menyemai dan menghidupkan bibit-bibit persahabatan dan mengekspresi pendirian mereka dengan cara yang unik dan berlainan yang boleh membawa pelbagai kemungkinan yang tidak terbatas,” tambah Hugo.

Wall’s dengan bangganya mempersembahkan konsert hangat yang membawakan pelbagai rentak muzik, daripada muzik pop, RnB hingga rock. Barisan artis selebriti termasuk Akim, Stacie, Tomok, Awi Rafael, Tilu, Sofaz dan Black. Tujuh artis popular ini akan bergabung tenaga untuk menghangatkan perasaan cinta menerusi muzik.

“Sebagai jenama yang sinonim dengan muzik, cinta dan persahabatan, kami benar-benar teruja untuk menghimpunkan nama-nama besar di persada muzik kita untuk persembahan yang berunsurkan muzik, cinta dan persahabatan. Konsert ini menggunakan daya tarikan sejagat muzik untuk menjana persekitaran positif, mencipta dialog dan memupuk silaturahim,” kata Hugo.

Penonton boleh mengharapkan persembahan yang bertenaga, dengan pilihan lagu ‘hits’ daripada barisan artis popular kegemaran mereka. Setiap persembahan disusun secara unik untuk memastikan peminat benar-benar terhibur dan membawa pulang kenangan manis yang sukar dilupakan. Sebagai tambahan, peminat Wall’s dapat menikmati rentak hebat ‘Jahatnya Cinta’ dipersembahkan oleh peminat terbesar Wall’s dan pengemar aiskrim, Akim dan Stacy.

Konsert Lafazkannya dengan stail Cornetto akan diadakan di Jusco Setiawangsa pada Sabtu, 11hb Jun, dari 3.00 petang dan disertai satu lagi persembahan di Johor Bahru pada Sabtu, 18hb Jun. Peminat setia Wall’s hanya perlu masuk secara percuma untuk menikmati muzik hebat konsert Cornetto Wall’s. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, sila log masuk kepada www.facebookcom/iluvcornetto

Stacy & Akim

Dihoskan oleh pengacara Ally Iskandar

Stacy & Akim

Chan Meng Yang

Stacy & Akim

Black

Stacy & Akim

Akim

Stacy & Akim

Stacy

Stacy & Akim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Launch To Japan with Love Campaign

Michael Bolton Set To Release New Album Gems The Duets Collection