in ,

Sri Ternak Melaungkan Semangat Kemakmuran dalam Lagu TOGETHER WE STAND

Syamel, Ernie Zakri, Ara Johari, Masya Masyitah, Lil J & Abigail Berganding Bahu Menjayakan Sebuah Lagu Yang Melaungkan Semangat Keharmonian dan Kedamaian Terangkum dalam TOGETHER WE STAND.

Sri Ternak Group dengan kerjasama Rocketfuel Entertainment mempersembahkan barisan artis popular seperti Syamel, Ernie Zakri, Ara Johari, Masya Masyitah, Abigail & Lil J dalam sebuah single bersempena sambutan Hari Malaysia berjudul Together We Stand yang dicipta khas oleh saudara Amy Bong & Zimi Sofazr. 

Pasangan yang sangat romantis iaitu Syamel & Ernie Zakri meluahkan keterujaan dapat kembali bekerjasama dalam lagu ini. “Lagu ini melahirkan rasa semangat perkauman yang sangat unik kerana dalam satu lagu kita boleh dapat dengar pelbagai bahasa dan bangsa bergabung dengan penuh keharmonian.” kata Ernie Zakri

Lagu ini juga mengetengahkan barisan artis muda turut menampilkan gadis dari utara iaitu Masya Masyitah di dalam projek ini “Saya amat gembira mampu menyerlahkan lagi kebolehan saya bertutur dalam bahasa Mandarin menerusi lagu ini. Lagu ini juga mempunyai melodi sangat rancak yang senang didengari dan mudah diingati.” 

Tidak lupa juga rapper muda dari Subang Jaya, Lil J mengakui projek kali ini ada kelainan tersendiri kerana untuk projek ini beliau kerana berpeluang untuk rap di dalam bahasa tamil dan bahasa inggeris.

“Saya sangat teruja sepanjang proses pembikinan lagu dan video ini kerana dapat bekerjasama artis-artis terkenal tanah air dan rasa terharu kerana terpilih dalam menjayakan lagu ini .” 

– Lil J

Seorang lagi penyanyi baru yang membarisi projek ini ialah Abigail tidak melepaskan peluang menonjolkan bakat nyanyiannya. “Lagu ini mampu menanamkan lagi semangat keharmonian sesama rakyat yang berbilang bangsa dan agama”. 

Secara keseluruh kesemua artis yang menyanyikan lagu merdeka ini berpendapat, “Idea sebenar penciptaan lagu “Together We Stand” ini adalah untuk mengeratkan hubungan warga syarikat. Selain itu, ia sekali gus dapat merapatkan semua kaum di Malaysia, berdiri bersama-sama, menyanyi lagu yang sama, ke arah yang sama. 

Sri Ternak Melaungkan Semangat Kemakmuran dalam Lagu TOGETHER WE STAND

Menurut Lembaga Pengarah, Dato Raymond Ho, Datuk Rosyam Nor, Alan Ho and Williem Ho “Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Kami dari Sri Ternak Group dan ST Rosyam Mart serta ST Rosyam Wholesale Express sangat teruja menlancarkan lagu “Together We Stand” . Lagu ini sangat tepat dalam mengharungi pandemik Covid 19 dan kemurungan ekonomi negara yang terkesan kepada semua lapisan masyarakat, “ 

“Kami sangat mengharapkan lagu ini mampu menyuntik semangat juang seluruh 32 Juta rakyat Malaysia supaya berganding bahu, bersama sama berdiri, merapakan saf tanpa mengira bangsa dan agama bergandingan sebagai satu “Keluarga Malaysia” dalam memerangi Covid 19 dan membangunkan semula ekonomi negara.” 

Harapan mereka,semoga lagu ini mampu menjadi pemangkin semangat rakyat Malaysia yang agar jadi lebih bertenaga dalam mengharung hari hari yang mendatang. Agar seluruh Malaysia dapat bersatu menjadi “Keluarga Malaysia” yang lebih berjaya.Lagu ‘Together We Stand” boleh ditonton secara eksklusif melalui saluran YouTube Channel ST Rosyam Mart. 

Lirik Lagu TOGETHER WE STAND

Tajuk Artis
Lirik Komposer 

: Together We Stand
: Syamel, Ernie Zakri, Ara Johari, Masya Masyitah, Lil J & Abigail : Amy Bong dan Lil J (Tamil Rap)
: Amy Bong 

(Erne Zakri)
Verse1
Kini masa depan kita Menjadi hidup ceria Sihat dan bahgia 

(Abigail)
Verse2 (english)
With strength and growth, Our spirits glow.
And so we’ll keep fighting, For the goal we’re achieving. 

(All Artis)
Bridge1
Ayuhh kita mengarkibkan segala Kemenangan juga kepercayaan kita Inilah tanggungjawab kita kepada semua Yang berbilang bangsa 

(All Artis)
Chorus
Bangkit semangatmu Ukirkan namamu Puncakkan gelarmu Biar dunia tahu 

Satukan niatmu Teguhkan hatimu Semangatkan terus Tujuan hidupmu 

Biar dunia tahu Bangkitkan semangat Kita bersatu 

(Masya Masyitah) Verse3(chinese) 

我们一直 与你同在 同心携手协力 

榮耀未来 

团结一致 坚信有爱 勇于接受挑战 記予关怀 

(All Artis)
Prechorus
Ayuhh kita mengarkibkan segala Kemenangan juga kepercayaan kita Inilah tanggungjawab kita kepada semua Yang berbilang bangsa 

(All Artis)
Chorus
Bangkit semangatmu Ukirkan namamu Puncakkan gelarmu Biar dunia tahu 

Satukan niatmu Teguhkan hatimu Semangatkan terus Tujuan hidupmu….. Biar dunia tahu Kita… bersatu… 

(All Artis)
Bridge
Kita kan menentu
Menyusun menyatu kan diri yg pasti Didalam menempuh hari
Biar apapun berlaku takkan runtuh semangat pun kerna kita kan bersatu dan menentu 

(Lil J)
Rap1(hindi)
Kalangal Nammai pirikathe
Kadanthu Pogum naam Payanam.. Mudi- vetheq
Unnule irukum tiiran kaathe..
Inge nal guname ummaku Payan paare. 

(Lil J)
Rap2(english)
Get on a shopping spree
We’ll Turn it to a routine
come and grab what you need Satisfaction guaranteed Together we stand
Divided we fall
We don’t have to be apart
It’s our world after all 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mojo Projects & Monsta Village Entertainment Lancar Lagu MALAYSIA NEGARAKU

tony fernandes airasia-2020

airasia Rai Pelancaran Gelembung Perjalanan Langkawi, Sambutan Berganda Sempena Hari Malaysia