in , ,

Spotify Memperkenalkan Artis Paparan ‘Early Noise’ 2019 iaitu Tashoora

Seterusnya: Tashoora, Bintang Indie Jogjakarta yang Semakin Meningkat Naik Playlist Early Noise 2019: Tashoora yang turut menampilkan audio temubual istimewa kini boleh distrim di Spotify

Hari ini, Spotify mengumumkan Artis Paparan ‘Early Noise’ yang kedua bagi tahun 2019 dan artis tersebut ialah kumpulan indie Indonesia, Tashoora yang terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan. Bersedialah untuk menikmati irama baru di dalam industri muzik susulan pelancaran single pertama mereka, Hitam, baru-baru ini. Single tersebut kini boleh didapati di playlist Spotify Early Noise 2019: Tashoora.

early-noise-tashoora

Kenali Tashoora Dengan Lebih Dekat Lagi

Ditubuhkan pada 2016, Tashoora diilhamkan sempena nama jalan, Jalan Tasura di bandar kelahiran mereka di Jogjakarta. Muzik Tashoora sering digambarkan sebagai Chamber Pop (sebuah genre yang biasanya ditakrifkan oleh alunan melodi serta orkestranya) dan Indie Rock. Mereka melihat muzik sebagai satu pencetus bicara dan tidak bimbang untuk meluahkan pandangan mereka terhadap masyarakat menerusi muzik dan lirik mereka.

Tashoora_Hitam[4]

Lima ahli kumpulan Tashoora terdiri daripada Danang Joedodarmo selaku pemain gitar serta vokal, Dita Permatas selaku pemain akordion, keyboard serta vokal, Gusti Arirang selaku pemain bass serta vokal, Sasi Kirono pemain gitar elektrik, dan akhir sekali Mahesa Santoso yang menetapkan tempo lagu dengan bermain dram.

Walaupun masih baru di dalam industri, kumpulan berkenaan pernah membuat persembahan di beberapa festival muzik terkenal di Indonesia seperti Jawa Jazz dan Soundstations.

Baru-baru, ini mereka telah melancarkan EP  berjudul ‘Ruang’ pada Disember lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bertemakan Bangsawan, Kolaborasi Unik NEONATE X Tenun Pahang Diraja Felda

911 The Reunion 2019: Kuala Lumpur Tickets on Sale on 18 April 2019 onwards!