in , ,

Spider-Man 3, Transformers The Movie atau Pirates of the Carribean 3?

Antara filem yang saya tunggu-tunggu akan tiba tidak lama lagi. Spiderman 3! Yea, pastinya ia kembali dengan aksi-aksi lincah perkasa manusia ajaib yang mempunyai kuasa labah-labah.

Filem yang akan bergentayangan di pawagam pada 1 Mei. ini dikatakan akan memberi persaingan kepada filem SUMOLAH yang akan bertarung pada 10 Mei. Nampak gayanya, filem SUMOLAH terpaksa menerima hakikat bahawa bulan Mei didominasikan oleh filem-filem blockbuster. Senario ini sudah biasa kita lihat.

Apabila filem asing yang ‘ngetop’ bermaharajalela di pawagam, sudah tentu penonton akan memilih filem asing dari memilih filem tempatan. Bukan setakat Spiderman 3, tetapi ada dua lagi filem hebat yang dinanti-nanti iaitu Transformers The Movie dan juga Pirates of the Carribean 3 – At World’s End .

Saya percaya dengan promosi yang hebat dan meluas, filem SUMOLAH pastinya akan berjaya. Kepada bro. Afdlin Shauki, jangan bimbang ya!

Oh ya, pagi tadi Budiey sempat belek-belek blog Afdlin Shauki yang dah lama bersawang tu… entri terbaru dia, pelakon filem The Brave itu ada buat kuiz SUMOLAH.

Dengan menjawab 3 soalan mudah, anda boleh memenangi sepasang kasut Adidas dan berpeluang ke majlis pra tonton filem SUMOLAH yang akan diadakan pada 7 Mei ini. Ha, kepada pembaca yang contest maniac, apa tunggu lagi… tak reti-reti nak masuk blog Afdlin Shauki?

Saya terkejut juga apabila mendapat tahu kos pembikinan filem sekuel ketiga Spider-man ini adalah antara yang termahal. Betul atau tidak, anda mahu percaya atau tidak, kosnya hampir mencecah $500 juta!

Kosnya lebih kurang 2.5 kali ganda dengan Spiderman 2 yang hanya menelan belanja sebanyak $784 juta. Fuh! Gila betul kan ‘Mat Salleh’ ni. Buat filem sampai ratusan juta. Saya rasa kos ini tidaklah memecah rekod antara filem blockbuster termahal untuk 2007.

Mesti ada lagi yang yang paling mahal punya. Filem terbaru arahan Michael Bay, Transformers The Movie dan juga Pirates of the Carribean 3 – At World’s End yang hanya makan kos lebih kurang dalam $200 juta sahaja.

Sudah tentu mahal sebab guna teknologi CGI yang canggih. Saya teruja untuk menonton Spiderman 3 kerana kosnya yang dikatakan GAH & BESAR itu…  Isunya, dengan kos yang tinggi, adakah ianya akan memuaskan hati penonton?

Ini dia penjahat itu. Nama dia Sandman. Klik di sini untuk tonton trailer Sandman.

Sinopsis Spider-Man 3 :

Pengarah:
Sam Raimi

Pelakon:
Tobey Maguire
Kirsten Dunst
Thomas Haden Church
Topher Grace
James Franco

Dalam sekuel terbaru lanjutan daripada filem Spider-Man yang terdahulunya, Spider-Man (Peter Parker) kini semakin matang dalam membahagikan masanya antara tanggungjawabnya tehadap komuniti sebagai spider-man dan juga terhadap teman wanitanya Mary-Jane.

Tetapi cabaran semakin memuncak apabila dua musuh baru – Sandman dan Venom yang lebih menggerunkan muncul mencabarnya dalam cubaan untuk mengancam mereka yang terdekat dengan Peter.

Dalam pada itu, suit Spider-man mula bertukar ke warna hitam dan memberi kuasa luar biasa yang lebih hebat kepadanya. Warna hitam yang mula mewarnai pakaiannya bukan sahaja menampakkan kesan pada luaran, malah tanpa Peter sedari, ia juga memberi kesan terhadap tabiat dan perlakuan beliau secara tidak lansung. Ia membuatkan Peter semakin lalai dan bongkak dengan kuasa luar biasa yang beliau miliki.

Kini Spider-Man menghadapi cabaran daripada 3 musuh yang paling sukar dalam hidupnya, Sandman, Venom dan juga dirinya sendiri. Sebenarnya pada saya, filem ini terlalu banyak unsur-unsur jahat (ada 3 penjahat kesemuanya) yang mahu berperang dengan Spiderman.

Tak ubah seperti kuasa-kuasa yang ada pada X-Men… kira mahu memberi tekanan pada watak Spiderman itu sendiri. Untuk satu filem yang berdurasi sekitar 2 jam, cukup dengan dua kuasa jahat dah cukup.

Pastinya pembaca semua tidak sabar lagi untuk mengetahui kisah selanjutnya. Spider-Man 3 bakal menemui penonton di pawagam bulan 1 Mei ini. Awal bulan ini, ada tumpang.com jual tiket RM4 je sekeping. Rugi betul tak beli masa tu… sekarang dah habis katanya. Mmm… melepas ler.

Pengambaran filem arahan Sam Raimi yang juga mengarah sekuel 1 & 2 ini bermula pada 2 Januari 2006.

Ini dia penjahat yang bernama Venom. Kuasa dia dahsyat jugak la. Untuk tahu kuasa Venom, sila klik di sini

kredit foto: Sony Pictures

Saksikan trailer filem sepanjang Mei:

  1. Spider-Man 3
  2. Pirates of the Caribbean 3 – At World’s End
  3. Transformers : The Movie 2007

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma

Terima Kasih AIM14 untuk 2 Pass Media