SORAK BORAK EURO HANGATKAN EURO CUP 2008 FEVER

SORAK BORAK EURO DI TV3
Menemani Anda Sepanjang Demam Piala Eropah 2008!

Sementara menantikan detik-detik perlawanan hebat Euro 2008, malam anda pasti terisi dengan program istimewa di TV3, Sorak Borak Euro. Program yang akan menemani anda sepanjang Piala Eropah 2008 ini akan mula ke udara pada 8 Jun 2008, jam 1.00 pagi – 2.15 pagi setiap kali sebelum perlawanan secara langsung disiarkan di TV3.

Pengisian program ini sudah semestinya berkaitan dengan EURO 2008 dan akan dihoskan oleh 2 personaliti seperti Ally Iskandar, Tabah Syazwan, Aidid Marcelo, Nurul Syuhadah, Fara Fauzana setiap kali bersiaran. Dua tetamu jemputan khas juga diundang untuk menemani penonton pada malam tersebut. Apa yang lebih menarik, Sorak Borak Euro turut menjemput keluarga-keluarga yang berbangsa Eropah dan pertubuhan organisasi Eropah yang menetap di Malaysia sebagai penonton dan juga penyorak di studio. 

Tabah Syazwan, antara pengacara Sorak Borak Euro di TV3. Shaffique Ahmad Zehnon (kanan) akan nikah dengan Azura penyampai Hot FM pada 12 Julai 2008 di Terengganu, di kampung halaman Azura.

Lintas langsung Sorak Borak bakal menjelajah di beberapa tempat sekitar Malaysia seperti Kelantan, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu, Alor Star, Kangar, Segamat, Seremban, Ipoh dan Lembah Klang untuk bersama-sama menghangatkan demam bolasepak penyokong-penyokong Piala Euro 2008. Krew Sorak Borak akan menjalankan pelbagai aktiviti menarik bersama penduduk kawasan setempat seperti kuiz, wawancara bersama penonton yang pernah ke Eropah menyaksikan perlawanan berprestij ini serta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik tajaan Celcom dan Adidas dengan melaungkan sorakan ’goal’ paling hebat.

Melalui segmen Reality Game, para penonton akan menyaksikan bakat pengulas sukan bakal dicungkil apabila seramai 16 peserta telah terpilih untuk bertanding menjadi pengulas sukan. Dua peserta akan bertanding setiap minggu dan salah seorang yang berjaya akan ke pusingan seterusnya sehinggalah dua finalis dikenalpasti.

Segmen My Euro Moment akan menyiarkan pengalaman penonton-penonton yang pernah ke luar negara menyaksikan sendiri perlawanan Piala Eropah pada tahun-tahun sebelum ini. Bagi mereka yang mahu berkongsi pengalaman bersama para penonton bolehlah menghantar pengalaman mereka melalui [email protected] atau menghantar audio visual ke Sri Pentas, Bandar Utama.

Segmen Prediction pula akan membincangkan mengenai perlawanan yang bakal berlangsung pada hari tersebut dengan menggunakan touchline telestrator untuk menganalisa corak permainan. Sorak Borak Euro turut diwarnai dengan video klip lagu-lagu popular yang diolah dengan suasana EURO.  Di samping itu, para penonton juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah istimewa dengan menjawab kuiz-kuiz yang diutarakan.

Menurut penerbit Sorak Borak Euro, Mat Yusoff Ismail, “Sorak Borak Euro diterbitkan oleh Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3 khususnya untuk menemani penonton ketika mereka menantikan perlawanan secara langsung. Malah sebelum kick-off, penonton juga akan dapat berkongsi analisa yang dijalankan mengenai perlawanan yang bakal berlangsung mahupun yang telah berlangsung bersama pakar-pakar bola sepak yang akan dijemput khas ke studio untuk memberi komen dan pendapat mereka mengenai EURO 2008 ini.”

Berikut merupakan jadual siaran langsung dan siaran tertunda EURO 2008 di TV3:-

Tarikh dan Waktu Perlawanan
1
7 Jun 2008 – 11.30 malam
Switzerland vs Czech Republic

2
8 Jun 2008 – 2.15 pagi
Germany vs Poland

3
9 Jun 2008 – 2.15 pagi
Nertherlands vs Italy

4
10 Jun 2008 – 2.15 pagi
Greece vs Sweden

5
11 Jun 2008 – 11.30 malam
Czech Republic vs Portugal

6
12 Jun 2008 – 11.30 malam
Austria vs Poland

7
13 Jun 2008 – 11.30 malam
Italy vs Romania

8
13 Jun 2008 – 5.00 pagi
(Siaran Tertunda)
Holland vs France

9
14 Jun 2008 – 2.15 pagi
Greece vs Russia

10
15 Jun 2008 – 2.15 pagi
Switzerland vs Portugal

11
16 Jun 2008 – 2.15 pagi
Poland vs Croatia

12
17 Jun 2008 – 2.15 pagi
Netherlands vs Romania

13
18 Jun 2008 – 2.15 pagi
Greece vs Spain

14
18 Jun 2008 – 2.15 pagi
Quarter Final
Winner Group B vs Runner-up Group A

15
22 Jun 2008 – 2.15 pagi
Quarter Final
Winner Group D vs Runner-up Group C

16
25 Jun 2008 – 2.15 pagi
Semi Final 1

17
26 Jun 2008 – 2.15 pagi
Semi Final 2

18
29 Jun 2008 – 2.15 pagi
Final

[tags]Demam, Piala Eropah 2008, Sorak Borak Euro, Ally Iskandar, wedding shafik, azura hot fm, kahwin, Tabah Syazwan, Aidid Marcelo, Nurul Syuhadah, Fara Fauzana,  Kelantan, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu, Alor Star, Kangar, Segamat, Seremban, Ipoh, Lembah Klang, mms cinta, dakwah, jahil, chedet.com, blog paklah, jarjis, jay jay, kj, chub, chaser, kontemporari, cute, mengorat, how to flirt, kumpulan, lagu nasyid, lirik lagu, lirik nasyid, mirwana, mursyeed, nasyid, drama renjis, tabligh[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Long Khong 2 Art of The Devil 3 Movie

Beverly Hills 90210 Garapan Darren Star Melrose Place, Sex & The City