in ,

Sophia Albarakbah Mahu Kekasih Yang Bijak & Pentingkan Keluarga

Pelakon Sophia Albarakbah berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki idamannya selepas hubungan bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Mr Doktor putus di tengah jalan.

Menurut Sophia atau nama penuhnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, dia mahukan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni.

“Saya suka lelaki yang bertanggungjawab, boleh jaga saya, bijak, memahami terutama dalam pekerjaan saya sebagai seorang pelakon dan seorang yang mementingkan keluarga,”

– Sophia

Sophia berkata demikian selepas ditemui dalam sidang media pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.

Filem arahan Datuk Afdlin Shauki itu akan dibintangi barisan pelakon terkenal dan Sophia merupakan antara salah seorang daripadanya.

Pelakon berusia 30 tahun itu berkata, dia teruja untuk berkerja bersama Afdlin kerana sudah lama dia ingin bekerja bersama pengarah yang hebat itu.

“Saya teruja, bersyukur dan sangat gembira sebab bukan selalu dapat berlakon dalam cerita pasal pasukan bola sepak Malaysia kan.
“Dan bila tengok barisan pelakon yang hebat-hebat, saya teruja dan tak fikir panjang untuk terima tawaran ini,”

– Sophia

Ketika ditanya mengenai kehadirannya ke All Stars Gegar Vaganza (GV 10), Sophia berkata sememangnya dia hadir ke program itu atas jemputan sepupu, Aisha Retno bagi minggu ketiga.

“Saya bebas untuk pergi mana-mana yang saya nak dan GV 10 merupakan pertandingan menyanyi. Lagipun saya cuma datang untuk sokong Aisha yang buat persembahan dalam GV Live +,”

– Sophia

Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak kisah untuk kembali dan menonton GV 10 di masa hadapan kerana baginya ia bukanlah isu untuk menonton mana-mana program hanya kerana peserta yang bertanding.

“Saya baru sahaja selesai pengambaran filem Abu Si  Raksasa pada minggu lepas yang akan dikeluarkan tahun depan,”

– Sophia

Sementara itu, Sophia memaklumkan dia baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem bergenre sains fiksyen berjudul Abu Si Raksasa terbitan MToons Media.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ASTRO

Berbaloi! Jom Daftar Auto Debit untuk Nikmati Penjimatan Hebat di Astro

Bakat Amir Jahari Bikin Lagu OST Terserlah Sekali Lagi Dengan CIN-TA