in , ,

Sony Umum Harga PlayStation 5, Dijual Pada Harga RM1,652

Sony telah pun mengumumkan harga rasmi dan tarikh penjualan untuk konsol PlayStation 5 (PS5) dalam sebuah acara siaran langsung pada hari ini. PS5 akan dijual di tujuh negara bermula 12 November pada harga bermula US$399.99 (~RM1,652). Negara-negara lain termasuk Malaysia akan mendapatkan PS5 bermula 19 November.

Hari ini Sony telah mengumumkan harga jualan konsol PlayStation 5 mereka ketika acara PlayStation 5 Showcase. PS5 akan dijual dalam dua varian utama iaitu PS5 dengan ruang cakera padat Ultra HD Blu-Ray dan PS5 Digital Edition yang tidak mempunyainya. PS5 dijual pada harga US$499.99 (~RM2,065) manakala PS5 Digital Edition dijual pada harga US$399.99 (~RM1,652). Kedua-duanya mempunyai prestasi teknologi yang sama.

Sony Umum Harga PlayStation 5, Dijual Pada Harga RM1,652

Perbezaan antara kedua-dua varian adalah Digital Edition tidak mempunyai slot cakera optik untuk memainkan permainan dan hanya bergantung kepada internet jika mahu muat turun permainan.

Kedua-dua varian konsol PS5 ini akan tersedia di pasaran mulai 12 November untuk beberapa negara terpilih seperti Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, dan lain-lain.

Namun untuk pasaran global selebihnya termasuklah Malaysia, ia akan hadir pada 19 November kelak.

Sony Umum Harga PlayStation 5, Dijual Pada Harga RM1,652

Harga rasmi untuk pasaran tempatan mungkin akan dikongsi kelak oleh pihak Sony Malaysia menjelang tarikh ketibaannya di sini.

Untuk spesifikasi, konsol PS5 hadir dengan CPU AMD Zen 2 3.5GHz serta GPU berasaskan AMD RDNA 2 dengan 2.23GHz, RAM 16GB dan storan dalaman SSD 825GB.

Sony Umum Harga PlayStation 5, Dijual Pada Harga RM1,652

Selain mengumumkan harga jualan PS5, acara PlayStation 5 Showcase tersebut juga memperlihatkan pelbagai judul permainan dari segi trailer dan juga gameplay seperti:

  • Final Fantasy XVI
  • Hogwarts Legacy (Harry Potter)
  • Devil May Cry 5 Special Edition
  • Five Nights at Freddy’s
  • Ragnarok
  • Spider-Man: Miles Morales
  • Call of Duty: Black Ops Cold War
  • Resident Evil 8 Village
  • Deathloop
  • Oddworld Soulstorm
  • Demon’s Souls
  • Fortnite

Sebagai perbandingan, Microsoft pula meletakkan harga jualan konsol lebih rendah iaitu bermula $299 untuk Xbox Series S dan juga $399 untuk Xbox Series X.

Sehubungan dengan itu, untuk anda yang mahu memiliki konsol PS5 ini, nantikannya 19 November kelak untuk mengetahui berita lanjut mengenainya.

Adakah anda berminat untuk memiliki PS5 apabila ia boleh didapati kelak? 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ahmad Fedtri Yahya Kemalangan Jalan Raya, Selesai Jalani Pembedahan

Gambar Hiasan

“Biar Jadi Pengajaran, Jangan Cakap Tanpa Berfikir,” – Peguam