in , ,

Sonno Melancarkan Butik Flagship Pertama di Publika Kuala Lumpur

‘Syarikat Tidur’ ini mempunyai impian untuk membantu pelanggan-pelanggannya menikmati tidur yang lena dan gaya hidup yang lebih sihat.

Sonno, sebuah ‘Syarikat Tidur’ yang paling banyak mendapat ulasan secara dalam talian di Malaysia, membuka pintu butik flagship-nya yang pertama di Publika kepada orang ramai. Sonno dikenali menerusi tilam premium yang dihantar di dalam kotak kepada pembeli pada harga yang berpatutan, tawaran percubaan selama 100 malam, dan penghantaran secara percuma.

Butik baharu Sonno ini menciptakan satu perjalanan yang menakjubkan buat pelanggan-pelanggan Sonno menerusi pengalaman membeli-belah secara omnisaluran dengan lancar. 

Butik khusus pertama Sonno yang juga dikenali sebagai Sonno Sleep House memberikan peluang kepada pelanggan-pelanggan untuk merasai dan mengalami sendiri koleksi kelengkapan tidur lengkap yang ditawarkan syarikat ini.

Ruang yang direka dengan penuh teliti meliputi tiga buah bilik tidur yang luas dalam bentuk sebuah rumah bagi memberikan keselesaan yang diperlukan untuk pelanggan menguji tilam-tilamnya. Selain itu, pakar-pakar tidur yang bertugas sebagai wakil jualan Sonno akan menyambut pelanggan dengan menggayakan pijama bagi membantu proses pembelian dan memberikan pengalaman membeli yang menyeronokkan. 

Photo 1

Kami amat berbangga dengan pencapaian yang signifikan ini menerusi pembukaan butik flagship Sonno yang pertama di Publika. Butik ini menjadi satu langkah penting kepada usaha kami dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar menerusi pelbagai saluran yang berbeza. Pengalaman ini boleh dinikmati pelanggan-pelanggan kami tanpa mengira sama ada mereka membeli secara dalam talian di laman web, menerusi platform pemesejan, atau menerusi kedai fizikal kami,”

“Sebagai sebuah jenama yang lahir secara digital, pembukaan butik fizikal ini membantu syarikat untuk memenuhi evolusi selera pengguna di samping mencipta sebuah pengalaman membeli tilam yang mengasyikkan dan menjadi memori yang indah buat pelanggan,”

– Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli.
Photo 2

Serentak dengan pelancaran pada hari ini, Sonno turut memperkenalkan koleksi tidurnya yang terkini, Sonno Signature Bed Frame, yang menandakan penyertaan Sonno dalam segmen perabot dan kelengkapan bilik tidur.

Diinspirasikan daripada reka bentuk Japandi yang menjadi trend mutakhir ini, reka bentuk rangka katil Sonno diperbuat 100 peratus daripada kayu getah asli Malaysia dan tidak mempunyai komponen logam. Katil ini direka bentuk secara khusus bagi membolehkan pelanggan memasangnya tanpa menggunakan sebarang peralatan. Di samping itu, rangka katilnya juga dilengkapi dengan slot peranti khusus yang akan menarik minat generasi digital hari ini. 

Photo 4

Menurut pengasasnya, “Kami ialah sebuah syarikat yang berpandukan data dan mengumpul maklum balas pelanggan-pelanggan terhadap produk kami. Oleh itu, kami amat teruja apabila kami akhirnya berjaya memperkenalkan satu produk yang sering mendapat permintaan daripada pengguna-pengguna kami dengan memperkenalkan sebuah rangka katil yang cantik kepada pasaran yang mewakili tiga nilai jenama Sonno iaitu kualiti tinggi, kesederhanaan dan reka bentuk yang luar biasa”. 

Pada masa hadapan, Sonno akan terus memanfaatkan data untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan, meluaskan kehadirannya secara fizikal dan memperkenalkan lebih banyak produk-produk baharu yang menarik dalam katalognya dalam suku keempat 2022 bagi membantu orang ramai mendapat tidur yang berkualiti dan meningkatkan gaya hidup mereka.  

Photo 3

Tentang Sonno

Sonno ialah sebuah ‘Syarikat Tidur’ yang ditubuhkan pada 2017 dengan misi tunggal untuk membantu orang ramai menikmati tidur yang lena dan hidup yang lebih bahagia. Syarikat ini bermula dengan menawarkan segulung tilam yang sempurna secara terus kepada pelanggan tanpa kos tambahan dalam bentuk komisen kepada pihak ketiga. Syarikat ini memberikan pengalaman membeli tilam yang lancar secara dalam talian dengan penghantaran percuma ke seluruh negara serta percubaan selama 100 malam.

Kini, Sonno bukan sahaja menawarkan tilam-tilam berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan, tetapi ia turut menyediakan aksesori tilam dan perabot bilik tidur. Sonno telah membantu lebih 20,000 orang untuk tidur dengan lebih baik dan ia berjaya mengumpul lebih 5,000 penilaian bertaraf lima bintang secara dalam talian. Sonno mempunyai impian untuk melihat setiap orang hidup dengan lebih gembira dan syarikat ini percaya kehidupan yang hebat bermula dengan tidur malam yang lena.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.sleepsonno.com.    

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Wah Bagusnya! AirAsia Kini Bekerjasama Dengan Penang Global Tourism

Feel The Passion! Samsung Malaysia Now Calling All Football Fans