in , , ,

Sonaone Lancar Single BOMBA Gabung Tiga Bahasa dengan Lirik Yang Puitis

Whoosah! Ini bukan silap mata; ini bukan fantasi. Ini adalah satu lagi lagu hebat SonaOne.

Hari ini penyanyi rap serta penerbit yang sudah merangkul banyak anugerah ini memperkenalkan karya pertamanya di bawah naungan Def Jam South East Asia (Def Jam SEA), sebuah lagu rancak dengan tiga bahasa berjudul, “Bomba”, dan ia tampil bersama video muzik arahan Denhouse Co.

Karya hasil nukilannya sendiri ini terus memperjuangkan kejayaan yang pernah beliau paparkan tahun lalu lewat album bertajuk DETAIL yang menampilkan kolaborasi bersama rakan seperjuangan, ALIF sehingga berjaya meraih 10.8 juta putaran di Spotify sahaja, dan menjadikannya artis dengan putaran lagu keempat tertinggi di Malaysia untuk tahun 2019.

Sonaone Lancar Single Tiga Bahasa Berjudul BOMBA

Menampilkan perbezaan di antara penerbitan pop berkelas tinggi dan hasil hip-hop yang lebih unik, SonaOne sekali lagi mengukuhkan peringatan buat semua tentang mengapa beliau terus tersohor dalam arena hip-hop serantau.

Sambil melaungkan bait-bait “Bomba”, “At least when I flex, it ain’t lies” – menunjukkan bahawa setiap kejayaan yang diraihnya adalah kenytaan dan bukan khabar angin semata.

“Ia karya yang menyeronokkan, ceria dan ada tiga bahasa; Ia memang saya,”

– SonaOne

SonaOne menekankan bahawa kekuatan lagunya adalah pada dinamik gabungan muzik serta bahasa.

Terdapat aliran lirik puitis serta baris-baris yang kerap diucap dalam Bahasa Inggeris, Melayu serta Perancis yang disampaikan dengan selingan bernuansa pop, R&B dan bunyian rap. Berteraskan sedikit unsur muzik kelab malam, ia mampu menonjol dan menjemput pendengar untuk sama-sama menikmatinya.

Tetapi SonaOne tidak akan berhenti di sebuah lagu sahaja. “Bomba” merupakan keluaran pertama dari albumnya yang bakal muncul  berjudul Freestyle Play. Album itu menjanjikan pendengar halwa telinga berkualiti :

“Dari sudut sonik atau bunyi saya ingin pendengar merasai apa yang saya rasakan kala berada di studio semasa proses rakaman: Suatu situasi di mana dunia hanya terbatas dengan imaginasi,”

– SonaOne

BOMBA merupakan intaian ke era yang baru, langkah pertama ke aras seterusnya. Kini pertemuan di antara pop dan hip-hop merupakan suatu kebiasaan dalam dunia muzik. Namun SonaOne tidak pernah berpuas hati dalam berkarya. Bersedialah untuk satu dunia baru. Andai terhidu api lekas hubungi “Bom-Bomba”.

BOMBA kini boleh didapati di semua platform digital.

Sonaone Lancar Single Tiga Bahasa Berjudul BOMBA

TENTANG SONAONE

SonaOne merupakan seorang penyanyi rap, pencipta lagu serta penerbit muzik yang berdarah kacukan Melayu-Perancis. Beliau mencipta nama dan melakar sejarah selepas merangkul dua buah anugerah terbesar dalam industri muzik Malaysia pada tahun 2014, menjadikannya salah satu bintang hip-hop tersohor tanah air.

IkutiInstagram Facebook / Twitter

Sonaone Lancar Single Tiga Bahasa Berjudul BOMBA

TENTANG DEF JAM RECORDINGS ASIA TENGGARA

Def Jam telah tiba di Asia Tenggara secara rasmi. Sedangkan hip hop telah wujud di Asia Tenggara sejak beberapa dekad, dan mengubah alur budaya bersesuaian dengan konteks tempatan, dan syarikat rakaman gah ini hanyalah pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk membawa budaya ini ke aras yang lebih tinggi. Hip Hop Asia kini satu fenomena global dan sudah tiba masanya untuk kita  turut sama beraksi.

Def Jam Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura, dengan senarai artis seperti Joe Flizzow (MY), SonaOne (MY), Abubakarxli (MY), DABOYWAY (TH), A. Nayaka (ID), Rayi Putra (ID), MukaRakat (ID), Ben Utomo (ID), VVS Collective (PH), ALIF (SG), Yung Raja (SG), and Fariz Jabba (SG).

Ikuti: Instagram Facebook / Twitter

Sonaone Lancar Single Tiga Bahasa Berjudul BOMBA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID-19: Menghina Petugas Hospital Putrajaya, Azwan Ali Didenda RM17,000

Arabyrd, Hullera & Sophia Liana Buat ‘Hal’ Dalam Single Rap Terbaharu