in ,

Sofazr Nyanyi Lagu Tema Cinta Kura-Kura PENCINTA TERBAIK

Sofazr Nyanyi Lagu Tema Cinta Kura-Kura PENCINTA TERBAIK

Semalam telah berlangsungnya pengambaran muzik video “Pencinta Terbaik” nyanyian kumpulan SOFAZR dan penggambaran tersebut telah pun dijalankan di Studio B KRU Studios, Cyberjaya. Lagu yang dicipta sepenuhnya komposer Edry Abdul Halim ini juga adalah merupakan lagu tema kepada filem ke-10 terbitan KRU Studios iaitu “Cinta Kura-kura”. “Cinta Kura-kura” merupakan filem fantasi komedi yang menampilkan watak animasi 3D seperti peneraju Smurf dan Garfield yang akan berada dipawagam pada 1 March 2012.

Sofazr

CST Production tampil sebagai salah sebuah produksi tempatan yang telah diberikan kerpecayaan sepenuhnya oleh KRU Studios untuk melaksanakan kerja-kerja pengambaran muzik video tersebut. Muzik video yang berada di bawah arahan Al Fahim Mokhtar ini diberi sentuhan elemen-elemen keceriaan warna. Ini adalah bertujuan untuk memastikan konsep muzik video ini selari dengan elemen lakaran kertas yang terdapat di dalam filem fantasi komedi tersebut.

KRU Studios sudah lama mengikuti perkembangan SOFAZR dan gembira dapat bekerjasama melalui lagu “Pencinta Terbaik”. Lagu ini sememangnya memerlukan sentuhan live band dan SOFAZR bukan sahaja dilihat sebagai pilihan yang tepat, malah mampu membawa lagu ini dengan baik. “Lagu tema dan MTV untuk filem bukan sesuatu yang baru buat kami, tetapi sudah menjadi tradisi KRU merangkul banyak kejayaan melalui lagu tema dan antaranya seperti ‘Sedetik Lebih’ (Hikayat Merong Mahawangsa), ‘Penyembuh Rindu’ (Magika) dan banyak lagi” kata Norman, Presiden Eksekutif KRU Studios.

SOFAZR berasa berbesar hati kerana mendapat kepercayaan sepenuhnya Edry dan terpilih sebagai penyanyi yang menyanyikan lagu “Pencinta Terbaik”. “Pada awalnya, kami hanya diberikan sebuah demo untuk diperdengarkan. Selepas mendengar demo tersebut, kami sepakat dan membuat keputusan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada KRU Studios memandangkan sebelum ini kami belum pernah bekerjasama dengan Edry dan peluang yang muncul sekarang harus digunakan sebaiknya” kata Zimi anggota kumpulan SOFAZR. “Edry seorang komposer yang mempunyai kreativiti tersendiri, memahami tahap dan keperluan seorang artis di dalam berkarya. Kami juga yakin lagu yang sudah pun mula dimainkan dibeberapa corong radio tempatan ini mampu menarik minat ramai terutamanya golongan remaja” tambahnya lagi.

Penggambaran yang mengambil masa lapan jam ini akan melalui proses suntingan terlebih dahulu. Muzik video ini dijadualkan siap sepenuhnya dan akan dipertontonkan kepada umum pada awal bulan Febuari sempena promosi filem “Cinta Kura-kura”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau Facebook serta You Tube “Cinta Kura-Kura”.

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

Sofazr

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rawatan Salon Rambut Dengan Keratinology Sunsilk

Gambar Izara Aishah di Sidang Media ABPBH 2011