in

Soccer Kids Musim Ke-6 Cabar QPR, SPURS & Cardiff City FC

Soccer Kids, sebuah program realiti mencari bakat pemain bola sepak telah memasuki musim ke-6! Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, Soccer Kids telah melahirkan pemain-pemain berpotensi seperti Daniel Amier, Asnan Awal Hisham, Solehin Mohd Nasir dan Hazrull Hafiz Zulkifli. Musim baharu ini pasukan Soccer Kids dilatih oleh Somasundram Periasamy, dibantu oleh Gunalan A/L Karupiah dan jurulatih penjaga gol, Hazahan Mohamed Hanaffi.

Logo Soccer Kids 6

[pullquote]Soccer Kids musim ke-6 telah mula disiarkan pada 23 Februari 2014 dan program ini akan menemui penonton TV3 pada setiap hari Ahad jam 7.30 malam selama 18 episod. Dihoskan oleh Aidid Marcello, Soccer Kids musim ke-6 bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam melaksanakan misi mencari bakat pemain bola sepak dalam lingkungan umur 10 hingga 12 tahun.[/pullquote]

Sesi pemilihan itu telah berlangsung pada bulan November 2013 di 6 lokasi pemilihan iaitu Padang Maktab Sultan Ismail, Kota Bahru, Kelantan dan Padang SMK Mergong Alor Star, Kedah pada 1 November 2013, Padang MPK 1, Pahang dan Padang Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada 3 November 2013, Padang C di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 9 November 2013 serta Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim di Larkin, Johor pada 10 November 2013.

Dari 1,500 peserta yang hadir di sesi pemilihan, hanya 50 peserta yang layak dipanggil untuk sesi pemilihan akhir Soccer Kids 6 di ILSAS, Bangi yang diadakan pada 16 November 2013. Selepas itu, 24 pemain yang terpilih ditempat di ILSAS, Bangi selama 4 minggu. Dalam tempoh ini, 6 pemain akan disingkirkan dan hanya 18 pemain akan mewakili Soccer Kids 6. Kemudian, mereka akan menjalani 4 modul latihan, “Football Skills and Technics”, “Sports Science Health”, “Classroom” dan “Motivational Talks”.

CABARAN QPR, SPURS & CARDIFF MENANTI SOCCER KIDS 6!

[dropcap]S[/dropcap]eperti musim-musim yang lalu, pasukan Soccer Kids 6 bakal berhadapan dengan beberapa siri perlawanan persahabatan yang akan menguji keupayaan mereka, antaranya, PKNS FC, The Great Warrior, Kelab Bolasepak Remaja Bersatu, Singapura (FAS), Semenyih Putra, Queens Park Rangers, Tottenham Hotspur dan Cardiff City FC.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9:

“Memasuki musim yang ke-6, program Soccer Kids bukan sahaja dilihat sebagai program realiti TV tetapi Soccer Kids juga merupakan tanggungjawab sosial korporat dalam menyokong pembangunan sukan bola sepak dan mencari bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi. Kami amat bangga apabila Soccer Kids berjaya mencapai matlamatnya dimana pemain yang dilahirkan menerusi program ini seperti Muhammad Asnan Bin Awal Hisham kini menyarung jersi untuk Pasukan Piala Presiden Selangor, Kavishkumar A/L Manimaharan pula beraksi untuk Pasukan Selangor PKNS Bawah 17 Tahun dan Daniel Amier kini menyertai Harimau Muda C.”

“Dengan itu, Soccer Kids wajar diteruskan sebagai platform kepada kanak-kanak yang berminat dalam sukan bola sepak untuk mempamerkan bakat mereka. Pendedahan dan latihan yang diberikan oleh jurulatih yang profesional juga dapat membimbing mereka ke peringkat yang lebih tinggi.”

Soccer Kids 6 diterajui oleh Shahrul Nazim Zainud selaku Penerbit Kanan, Ismail Mohd. Rasakh selaku Penerbit manakala Mohammad Zuhdi Zaid dan Abdul Yazid Muslimin selaku Penolong Penerbit dari Primeworks Studios. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Soccer Kids musim ke-6 pada setiap hari Ahad, jam 7.30 malam, hanya di TV3!

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang program ini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

SK6 (b)

Soccer Kids 6

SK6 new crest

SK6 (a)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menjelang Malam Kemuncak Lantai Cilik Musim Kedua

Liza Abdullah Sah Bercerai Talak Satu